بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
BUKAN SATU DUA TAPI SEMUA. Hari ini, ditahun ini masih diberi peluang untuk menjalani rukun Islam ketiga itu satu nikmat. Betul-betul nikmat. Bangun sahur. Berbuka puasa.Berada dalam suasana Ramadan sangat manis. Selagi diizinkan Tuhan,kita melunas ibadah puasa dengan sebaiknya ya. Namun setiap tahun ada cerita dan pengalaman berbeza-beza.
Ramadan tahun lepas tanpa bazaar Ramadan. Sepi.Surau dan masjid juga lebih banyak sepi daripada meriah dan riuhnya. Lebih banyak gelap berbanding terang cahaya lampunya. Sangat-sangat berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya. Kita semua sedia maklum. Kita sama-sama rasai getirnya.Allahu.
Menuntut pengorbanan. Bagi PC bukan sahaja dibulan Ramadan malahan sepanjang masa kita perlu lakukan pengorbanan. Namun dibulan Ramadan lebih-lebih lagi kita mesti bekorban yang bukan satu dua tapi semua. Biar betul. Apakah.
Lisan mulut dan lisan dihati. Kena jaga dua-duanya. Tingkah laku apatah lagi. Yang merantai dan mengawal nafsu kita sendiri. Ya, diri kita sendiri.Nafsu paling sukar dilentur ketika menghampiri waktu berbuka puasa.Atau mungkin PC sahaja begitu. Macam nak semua sedangkan perut tidak mungkin mampu tampung semua. Allahu. Banyak lagi juga yang mesti dikorbankan atau perbuatan disisihkan terus mana sikap atau sifat yang kurang baik.
Macam baru beberapa hari berpuasa rupanaya kian mendekat tamatnya.Zakat fitrah jangan dilupa untuk diri sendiri dan segenap tanggungan.
Sekian
Tinta PC
Bukan Satu Dua Tapi Semua
Tags:
Santai
Alhamdulillah masih diberi peluang merasai nikmatnya puasa.
BalasPadamtak lama lagi dah nak raya hehehe
BalasPadamSyukur dapt menikmati Ramadan. Pasti ada hikmahnya selepas apa yang terjadi. Ramadan semakin hampir ke penghujung. Sekejap masa berlalu.
BalasPadam