DIAM KERANA MARAHNYA ORANG PENDIAM. بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم Assalammualaikum wbt. Tengok dan baca tajuk macam satu baris tajuk dan satu cerita. Tapi sebenarnyakan ada dua situasi berbeza. Diam kerana marah atau marah lalu memilih diam dan satu lagi adalah marahnya orang yang pendiam.
Diam kerana sedang marah. Memang ada orang marahnya tapi senyap sahaja. Tidak tahu pun dia sedang marah kecuali orang terdekat atau orang yang sudah lama mengenali dan memahami. Bukan satu perkara yang pelik bila marah memilih jalan mendiamkan diri sementara waktu. Mungkin ini sangat-sangat dekat dengan diri PC. Bila sudah sejuk barulah berbunyi dengan cara dan gaya yang diharapkan selamat. Memang mencabar ketika marah diamkan diri kerana itu menyakiti diri sendiri tambahan pula orang tidak boleh baca isi hati dan fikiran kita, namun itu lebih baik berbanding berbicara dalam situasi panas dan tidak tenang. Baik-baik hal itu kecil boleh jadi besar.
Besar kesan kesan bila orang pendiam marah. Serius. Sebab PC pernah tengok depan mata sendiri bila orang pendiam mula marah dan menyejukkan rasa marahnya. Boleh jadi mereka ini lama menyimpan atau memendam justeru bila melepaskan lebih sakit dan berat pada pendengaran dan hati. Jangan sampai orang pendiam marah atau bercakap. Tajamnya lain macam. Lebih sedih daripada luka yang dititipkan cukai sakitnya. Nampak tak.
Jangan marah bila ada orang marah. Kita tidak berasa dikadut dia. Kita tidak tahu apa yang telah diatur tanggung dan rasa. Kemarahan itu satu kemuncak menterjemahkan rasa yang sarat dengan banyak ragam dan warna. Selalu dan mudah marah juga tidak baik sebenarnya, maka nak marah pun perlu tahu alasannya.
Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Diam Kerana MARAHNYA Orang Pendiam
Tags:
Santai
diam lebih baik dari berkata2
BalasPadamcorrect
BalasPadamMarah dalam diam adalah marah terpendam yang mungkin meletup pada bila-bila masa...
BalasPadambahaya juga marah dalam diam ni...
BalasPadamAssalamualaikum
BalasPadamorang yang gagah adalah yang mampu menahan kemarahannya
selamat hari raya idulfitri maaf zahir batin. moga sambutan aidilfitri tahun ini tetap meriah biarpun dalam suasana norma baharu..
Bila amarah datang, cepat-cepat ambil wuduk. Setan bertempiaran lari.
BalasPadamorang diam marah makandalam kan
BalasPadam