بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
DUA MINGGU SYAWAL. Alhamdulillah. Hari ni dah pun empat belas Syawal. Diam tak diam, sibuk itu ini. Buat itu buat ini siang malam pagi petang, bangun tidur, eh dah dua minggu berada di bulan Syawal. Syukur masih lagi sihat dan diizin Allah SWT untuk menikmati banyak perkara. Banyak nikmat yang Allah SWT beri pada kita, pada insan-insan disekeliling kita juga. MasyaAllah.
Walau sudah setengah bulan Syawal, tetap sahaja masih meriah. Meriah yang mungkin pada tahap biasa-biasa atau paling sederhana namun manisnya tetap ada. Kalau Ramadan tahun ini tidak sama dengan Ramadan tahun lepas, begitu juga dengan Syawal kali ini kan. Tentu sahaja ada kelainannya juga. Ada warna yang berbeza ada ukiran-ukiran yang tidak sama.
Tidak kira berapa hari Syawal kita dapat bersama-sama meraikan bersama-sama keluarga yang paling penting pengisian atau kualitinya ketika bersama-sama. Itu sangat penting. Moga pada setiap kesempatan dan rezeki yang Allah SWT beri kita terus nikmati dan jangan lupa berterima kasih dengan Allah SWT ya.
Hari ini sambutan Hari Wesak juga bagi penganut Agama Buddha. Apa pun agama, budaya dan keturunan kita mesti saling menghormati satu dengan yang lain. Perbezaan bukan alasan untuk bermusuhan.
Sekian
Tinta PC
Dua minggu Syawal
Tags:
Santai
Selamat hari raya Aidilfitri PC. Maaf zahir batin. Tahun ni meriahnya berbeza. Yang penting SOP dijaga
BalasPadamTahun ini meriah dengan cara yang berbeza.. hehehe
BalasPadamselamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin :)
BalasPadambetul tu Tidak kira berapa hari Syawal kita dapat bersama-sama meraikan bersama-sama keluarga yang paling penting pengisian atau kualitinya ketika bersama-sama. Itu yg penting :)
Syawal kali ini anak2 cucu2 menantu2 tak dapat bersama.
BalasPadamRaya dengan is3 dan budak2 bulus aje
Sekejap je dah 2 minggu syawal. Masih ada baki Syawal untuk kita raikan :)
BalasPadam