Hari Kedua Syawal Sunyi

HARI KEDUA SYAWAL SUNYIبِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt. Dah hari kedua Syawal. Alhamdulillah. Mungkin hari ini dah ada yang mula puasa enam dan puasa qada juga. Lebih segera lebih baik dan lebih ringankan hati dan fikiran. Sementara sihat. Sementara masih berada dalam suasana raya ditambah dengan situasi PKP tidak boleh ke mana-mana yang tidak dibenar dan digalakkan. Sementara ada yang kerja dari rumah ni kan bagi yang bekerja. Puasalah. namun begitu ianya pilihan dan hak masing-masing.

Meriah di media sosial. Namanya raya mestilah meriah masing-masing dengan pakaian warna warni serba baharu. Kalau buka media sosial meriah masing-masing mengabadikan gambar keluarga bersama-sama. Baguslah kerana ianya menjadi kenangan indah kelak. Boleh ditunjukkan kepada anak cucu nanti. InshaAllah. Walau terpaksa berada di kediaman masing-masing, ianya bukan alasan tidak boleh memeriahkan suasana Syawal. Boleh. Asal mahu dan kreatif. Silakan.

Hari Kedua Syawal Sunyi
Gambar Sekadar Hiasan [Sunyi]

Sunyi. hari kedua Syawal sunyi. Sunyi dengan suara-suara manusia. Tiada juga suara orang dewasa apatah lagi anak kecil. Bunyi mercun lebih meriah ketika Ramadan PC rasa berbanding dah raya ni. Bila PC telefon babah mama di kampung pun, situasi tetap sama. Sepi juga. Tak ada orang kampung main meriam buluh seperti selalu. Ada pun meain mercun sesekali. Sikit-sikit. Atau mungkin mereka takut kalau-kalau ada pihak polis buat rondaankan seperti sebelum-sebelum ini.

Tak apalah. Mungkin ini yang mesti kita terima saat ini. Tidak mustahil ada yang lebih baik dan indah Allah swt nak beri dan gantikan untuk kita semua. Banyakkan bersyukur. Dan jangan lupa hadiahkan sebanyak-banyak doa untuk saudara kita di Palastin ya. Kita sokong dengan doa. 

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Hari Kedua Syawal Sunyi 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama