HUJAN SESUDAH SENJA. بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم . Assalammualaikum wbt. Alhamdulillah. Kalau hujung Ramadan hujan turun seawal waktu asar dan waktu-waktu menjelang subuh, masuk sahaja Syawal hujan mulai turun sesudah senja bawa hingga larut malam. Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat. Sejuk. Nyaman. Damai. Tenag yang PC rasakan. Dengar rintik-rintik hujan, deras menenangkan hati dan fikiran. Allah swt memujuk kita dengan caraNYA yang sangat halus.
kalau kita di sini galu dengan situasi sekarang, ada yang lebih berasa sakit dan mahukan rasa tenang yang sangat bernilai. kalau kita di sini layang cuaca sejuk dengan makanan yang enak-enak dan berkahsiat atau berselubung dengan selimut tebal atas katil dan tilam yang selesa, ada insan-insan yang tidak merasai itu semua melainkan setiap detik merasai ketakutan dan kesedihan.
Hujan sesusah senja di bumi Malaysia. menjadi satu nikmat untuk umat sejagat. Sedangkan ada yang mengharapkan hujan air tapi serangan peluru yang mengisi ruang udara tidak henti bertubi-tubi. Boleh jadi hari ini spasang mata melihat sahabat menjadi korba. Siapa tahu esok orang lain melihat dirinya yang terkorban. Syahid. Ya syahid. Kita tangisi insan yang sudah terlihat pada matanya syurga yang menjadi destinasi terakhir nanti.
Selesa. Jadikan alasan kuat untuk bersujud dengan sederas-derasnya air mata. Minta untuk di sini dan minta untuk lindungi yang di sana. Palestin, kami selalu menghantar senjat-senjata doa untuk kalian di sana. Semoga segalanya segera berakhir.
Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Hujan Sesudah Senja
Tags:
Santai
prihatin dgn masalah org lain juga
BalasPadam