Kurma Dan Ramadan

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

KURMA DAN RAMADAN. Kurma antara salah satu yang menjadi makanan Rasulullah SAW. Makan kurma bersama susu kambing atau susu unta banyak khasiatnya.Minum susu kambing bercampur kurma PC dah pernah cuba tapi kalau kurma dengan susu unta belum. Tapi sekarang di pasaran pun banyak sangat susu lembu digabungkan dengan kurma hingga menjadi satu produk yang laris sebab memang lazat.

Kurma Dan Ramadan
Google image
Kurma Dan Ramadan
 

Makan kurma itu juga adalah satu sunnah. Ada orang suka makan kurma tak kira masa. Dan dijadikan rutin. Ada orang makan kurma cuma di bulan Ramadan sahaja. Terkadang tidak bulan Ramadan bekalan kurma sukar diperolehi. Kalau ada pun harganya sedikit mahal walau kurma yang biasa-biasa sahaja. 

Kurma dan Ramadan sangat sinonim. Bagai tidak lengkap Ramadan tanpa kurma di rumah. Walaupun ada pelbagai juadah lain yang dimasak atau dibeli. Kurma juga tetap menjadi yang dicari-cari ketika berbuka puasa. Dah dapat makan kurma baru rasa puas. Baharulah sambung makan juadah lainnya.

Banyak khasiat buah kurma ni. 

Sekian
Tinta PC
Kurma Dan Ramadan 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

9 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Betul tu PC, tak ada kurma tak lengkap ramadhan. Dulu tak suka makan kurma tapi bila dah makin membesar ni makan dah. Sedapppp rupanya hehe. Banyak khasiat pulak tu :D

    BalasPadam
  2. kalo ciksun pulak tak berapa kena dengan tekak susu kurma yang da siap tu..kalo makan kurma, then minum susu, haa boleh lahhh

    BalasPadam
  3. Kita suka makan kurma tapi ada sejarah pahit jugak dengan kurma ni, jadi, sy akan pilih jenis kurma terutama cara pembungkusannya

    BalasPadam
  4. Pernah jumpa kurma yang ada serangga kat dalam. Satu pek diorang jajah. Lepas tu terus fobia nak makan kurma dah. Sekarang makan kismis je.

    BalasPadam
  5. Tapi sekarang kurma dah boleh dapat sepanjang tahun.... sukur

    BalasPadam
  6. cukup Sinonim kurma dan ramadhan. ibarat tidak lengkap jika ramadhan tiada kurma. sekarang bermacam-macam jenis kurma. selain kurma, saya juga makan cuka kurma..

    BalasPadam
  7. Bulan Ramadhan memang setiap kali berbuka dan sahur Mrs. A akan makan kurma nakkan pahala sunnah tu ;-) InSyaAllah

    BalasPadam
  8. kurma antara yang paling sedap :)

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama