بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
MENERIMA JANGAN TERLALU MAHU MENGUBAH
Dari hati
Menerima itu dari hati
Mengubah juga daripada hati
Menerima itu perlu dari luas dan tegarnya hati
Mengubah juga mesti dari tulus dan kesanggupan hati
Menerima jangan terlalu berharap yang lebih
Mengubah jangan sangat menekan dan paksa
Ramadan boleh jadikan bab baik dalam mempelajari
Hidup berakhlak
Setahun hanya sebulan
Ramadan cuma sekali
Tahun ini kita menikmati
Tahun mendatang belum tentu juga lagi
Pada setiap Ramadan yang datang
Menerima jangan terlalu mahu mengubah
Perlahan-lahanlah wahai manusia
Ya Ramadan bulan mewah keberkatan
Banyak rahmatnya juga
Namun hidup perlukan satu proses
Berperingkat
Sedikit demi sedikit
Mencari sinar
Mengejar cahaya
Dipersilakan
Jangan terburu-buru
Taku nanti Ramadan ini mewah kesakitan yang sia-sia
Sekian
Tinta PC
Menerima Jangan Terlalu Mahu Mengubah
Tags:
Santai
Hari ini dah 24 Ramadhan sekejapan aje rasanya.
BalasPadamSemoga bertemu malam seribu bulan
menerima seikhlas hati. berubah itu slowly but surely. Semoga bulan Ramadan ni kita dapat merebut ganjarannya dan beristiqomah pada bulan bulan seterusnya. Aaminn...
BalasPadam