Menjaga Merawat Mengubah

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

MENJAGA MERAWAT MENGUBAH. Mencegah lebih baik daripada mengubati. Mengubati itu antara cara berusaha. Kalau dikatakan semua orang boleh berusaha itu betul, bezanya adalah adakah semua orang mahu berusaha. 

Menjaga mudah sangat-sangat. Tapi rajin tak nak menjaga tu lebih-lebih lagi dalam hal kesihatan dan sebagainya. Begitu juga merawat. Menjaga dan mencegah itu lebih baik daripada mengubati atau merawat. Betul sangat-sangat juga. Namun boleh tak sesuatu itu tetap terjadi walau sudah dijaga atau dicegah sebaik-baiknya. Tidak mustahil ianya tetap sahaja boleh terjadi. Bila Allah SWT MAHU. 

RAMADAN menjadi madrasah walaupun cuma sebulan. Namun boleh sahaja adakan kelas tambahan iaitu puasa sunat selepas bulan Ramadan kan. Maksudnya apa yang dilakukan ketika bulan Ramadan, lakukan seterusnya dihari-hari seterusnya terutama ketika berpuasa sunat. Ketika berpuasa ambil dan gunakan kesempatan yang ada untuk mengubah. Ubah pola makan,  ubah sikap,  ubah rutin dan sebagainya. Bagi PC, bulan Ramadan seperti satu acuan besar dan banyak peringatannya. Memang susah nak menjaga,  merawat atau mengubah suatu hal yang sudah terbiasa, tapi kalau nak sesuatu yang lebih baik mengapa tidak. InshaAllah kita boleh. 

Sekian.
Tinta PC
Menjaga Merawat Mengubah  

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

6 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. abam kie diduga pada Ramadhan kali ini apabila dijangkiti Covid19. Mujur dah keluar wad n kini sdg berehat d rumah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Allahuakbar. Semoga segera pulih kesihatan Cikgu AK ya.

      Padam
  2. Mencegah lebih baik dari mengubati kan...

    BalasPadam
  3. Betul setuju dengan apa yang dikata mencegah lebih baik dari mengubati..

    BalasPadam
  4. Ramadan pun dah penhujung... T_T

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama