NIAT SERONG HASIL MELENCONG. بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم . Assalammualaikum wbt. Sangat perlu berhati-hati dengan niat kita. Walau cuma dalam hati, walau orang lain tak tahu tapi ingat ya, Allah swt MAHA MENGETAHUI. Jangan berfikiran seorang yang niatnya serong dia sahaja yang terima akibat dan hasil yang melencong. Tidak. Kadangkala kita terpaksa menanggung akibat daripada niat serong orang lain juga. Bukan bererti Allah swt zalim kepada kita ya, tapi untuk sedarkan orang yang ada niat serong tu supaya berubah. Kau punya pasal nampak tak orang lain terkait sama juga. Ha macam tu.
Niat serong hasil melencong. Niat. Perbuatan. Hasil. Sangat perlu betulkan niat dan luruskan hati serta fikiran. Kadang banyak yang cuba dibuat tapi tidak berhasil atau keadaan menjadi bertambah buruk, tidak mustahil ada niat yang tserong dalam hati. Ada rancangan yang membinakan orang lain juga. Memang rahsia. Memang orang tak tahu langsung tapi yang selalu mencatat dan memantau kan ada. Setiap detik tidak terlepas pun.
Selindunglah serapatnya. Menafikanlah sekeras-kerasnya. Hasil melencong tetap juga terjadi. Tetap sahaja terkesan kepada ramainya orang. Tentu sahaja bukan mengundang rasa empati orang sebaliknya kata-kata cacian dan doa yang buruk-buruk. Henti cara baling batu sembunyi tangan. Ubah sikap jadi gunting dalam lipatan. Kadang orang tidak membantah bukan kerana sangat setuju atau apa tapi kerana masih ada sisa rasa hormat yang cuba ditebalkan deka faktor usia.
Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Niat Serong Hasil Melencong
Tags:
Santai
betul tu Kak PC,Allah Maha Mengetahui =)
BalasPadamdetak hati pun perlu dikawal
BalasPadamniat itu penting
BalasPadambila melencong dan memberikan kesan pada orang lain memang tak kan mengundang simpati..
BalasPadam