Pengertian Yang Berbeza

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

PENGERTIAN YANG BERBEZA. Pengertian Syawal yang berbeza. Cuba tanya anak-anak kecil raya tu apa. Kemudian tanya orang dewasa pula apa pengertian Syawal. Bila kita yang dah dewasa dengar,  ada lucunya,  ada cabarannya juga untuk menjelaskan. Namun sedar tak kira mungkin dulu kita pun begitu ada sedikit persamaannya walau banyak perbezaannya zaman kita kecil dengan anak kecil sekarang mentafsir erti Syawal. 

Mentaliti anak kecil. 

PC: Raya tu apa?
Anak buah PC: Ibu kata kena puasa dulu umi, dah puasa baru raya. 
PC: Lagi
Anak buah PC: Bila raya dah tak puasa umi. Nanti beli baju raya, kasut raya. Nanti dapat duit raya umi. Yeyyyy. 
(girangnya terlebih bila sebut duit raya bersinar anak mata)
PC: Kakak dengan adik puasa tak? 
Anak buah PC: Puasa tapi puasa sikit je umi. Tapi umi bagi duit raya jugakan. 
PC: Uhuk,,uhuk,,uhuk.. 

Serba baharu walau harga sederhana tidak mengapa bagi anak-anak kecil. Ya, sesuai usia,  raya dan duit raya macam isi dengan kuku. Comel. Wajarlah mereka menikmati usia dan zaman kanak-kanak. Kalau masih baik-baik sahaja cukup dipantau. Kalau terbabas sedikit,  cukup nasihati. 

Tentunya tafsiran yang dewasa jauh lebih berbezakan. Ada kaitan dengan duit raya juga,  tapi memberi pula walau ada je yang dewasa dapat duit raya. Macam ibu bapa dapat duit raya pemberian anak-anak. Syawal hari menyatukan. Yang jauh jadi dekat. Dekat jadi rapat.  Rapat terus erat. Dapat bertemu kemudian bermaafan itu pun dah besar nikmat. Hari biasa walau digalakkan minta maaf juga namun jarang dilakukan. Mungkin berasa janggal bagi yang tidak biasa melakukannya.

Pengertian yang berbeza itu mesti telah semua orang yang hidup lalui cuma dengan cara dan situasi berbeza-beza. Siapa pun tentu mahukan pengalaman dan memori yang manis.

Pengertian Yang Berbeza
Pengertian Yang Berbeza
Google image

Sekian
Tinta PC 
Pengertian Yang Berbeza







PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. itula ank2 kecil kn...diorang bila dgr raya...sure terlintas baju raya dan duit raya

    BalasPadam
  2. sama macam anak- anak buah..pada dorang, raya mesti balik kampung jumpa atuk uwan, main bunga api pakai baju raya and dapat duit raya..

    BalasPadam
  3. budak2 mmg ingat raya lps kena puasa. tu je.. heheh.. kira macam dah berpuasa sebulan, kena raikan raya la best2

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama