Pukul Berapa Tok Harimau Siang Dan Malam Hari

PUKUL BERAPA TOK HARIMAU SIANG DAN MALAM HARIبِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم .Assalammualaikum wbt. Hikmahnya tetap ada. Sangat-sangat tidak digalakkan berada di luar rumah apatah lagi di tempat awam, menjadikan ramai yang terpaksa memerap di kediaman masing-masing. Bekerja pun dari rumah kecuali sangat diperlukan untuk hadir ke pejabat, baharulah hadir. Inilah situasi sekarang yang semua orang sedia maklum. Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sudah pun bermula. Ada ibu bapa yang pening. Ada ibu bapa yang sangat lega. Dalam keadaan terkini di mana jumlah kes yang kian meningkat PC rasa lebih ramai ibu bapa yang berasa lega dengan PdPR.

Walaupun PdPR, anak-anak atau adik-adik ada waktu tertentu sahaja perlu fokus sedangkan waktu selebihnya tetap sahaja boleh diisi dengan pelbagai aktiviti. Sama ada membuat latihan, ulangkaji pelajaran, paling pasti adalah bermain di luar rumah dengan pemantauan ibu bapa juga. Namanya pun budak, bermain itu satu fitrah untuk mereka. Satu kemestian yang ada dalam bab dan fasa kehidupan mereka. Normal la. Cuma tidak sebebas seperti dulu-dulu. 

Satu hal yang PC perasan adalah, kalau dulu semua masih bebas untuk ke mana-mana dan buat apa sahaja aktiviti di luar rumah semahunya ramai yang pilih untuk duduk sahaja di rumah bersama gadjet masing-masing sehinggakan ada yang beranggapan ramai individu anti sosial. Sebaliknya sekarang, bila mana semua sangat tidak digalakkan ke mana-mana lebih baik berada di rumah masing-masing sahaja, baharulah ada yang lebih gemar bermain dan mahu benar-benar santai di luar rumah. Nampak tak.

Pukul Berapa Tok Harimau Siang Dan Malam Hari
Gambar Hiasan

Jadi di kawasan taman perumahan tempat tinggal PC ni siang ke, malam ke akan sentiasa dengar anak-anak jiran bermain di luar rumah. Pukul berapa tok harimau la yang menjadi pilihan mereka. Ketawa. Jerit-jerit. Apa yang bagusnya  adalah mereka tetap mamakai penutup mulut. Main sama-sama tapi tak dekat-dekat. Tak bersentuhan. hahahahaha. Bila tok harimau nak ngap semua lari bertempiaran masuk rumah masing-masing. Allahu, memori membawa  PC ke zaman kecil dulu-dulu. Rindu.

Ya Allah, lindungi anak-anak kecil dan kanak-kanak di mana pun mereka berada. Ada yang sedang seronok bermain, itu rezeki mereka. Ada yang sedang berperang dan barangkali menjadi syahid itu juga rezeki mereka. Allahu. Ya Allah, semuanya telah Engkau susun sebaik-baiknya. Seindah-indahnya. Semoga mereka terus dilindung, sihat dan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, berbakti kepada kedua ibu bapanya, agamanya juga tanah airnya. Aamiin.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Pukul Berapa Tok Harimau Siang Dan Malam Hari

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. adaptasi situasi semasa sebaiknya

    BalasPadam
  2. sampai bila la kita nak normal baharu mcm ni kan

    BalasPadam
  3. Anak-anak Sha memang tak pernah keluar rumah bila start PDPR.. memang suruh diorang duduk diam dalam rumah walaupun ada je anak-anak yang bermain di taman tepi rumah.. risau PC.. kalau keluar pun dekat beranda tengok pokok dan jemur baju je..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama