بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
SALAM SYAWAL 1442H MAAF ZAHIR BATIN. Gembira dan sayu. Rasa yang menyatu. Meraikan hari kemenangan umat Islam di mana pun berada. Bersendirian. Bersama-sama keluarga. Bersama-sama rakan juga sahabat. Di tempat kelahiran. Atau diperantauan. Semua mendengar alunan takbir raya. Semua memakai pakaian serba indah. Awal pagi mandi sunat aidilfitri terlebih dahulu.
Dalam keadaan tidak sebebas sebelum-sebelum ini, persiapan ringkas dan ringan tetap sahaja dilakukan. Walau cuma untuk keluarga sendiri sahaja. Meriah tetap dirasai. Tetap terus mengucap syukur kerana nikmat tetap sentiasa ada. Cuma suasana yang tidak sama. Mungkin pengalaman tahun sudah akal mula rasional, hati terdidik belajar menerima, cukup merai dengan paling sederhana dan waspada. Benarlah didikan Allah SWT itu halus, mendalam dan sangat-sangat berkesan.
Berkesannya dipagi Syawal bila mula bermaaf-maafan. Allahu. Kadang belum cakap apa-apa pun air mata dah mengalir dulu. Air mata kesedihan, rasa bersalah dan berdosa barangkali. Semua rasa bercampur kemudian mengalir tanpa dipaksa-paksa. Begitulah heningnya pagi Syawal. Menyesak didada.
Kali ini kita masih di sini. Merasai suasana yang seperti hadiah setelah jauh berlari tiba digarisan penamatnya. Besar-besar dugaan sebelum kerana detik ini. Justeru mengapa ianya dipanggil hari kemenangan.
Salam Syawal 1442H, maaf zahir dan batin daripada PC.Tidak mungkin PC tidak lakukan kesalahan. Sepanjang menjadi blogger, sudah tentu ada kata-kata yang tidak disenangi hingga menyinggung hati sahabat-sahabat blogger yang lain telah PC lakukan. Maaf sangat-sangat ya. Tidak setakat ini, selepas ini andai ada kata-kata atau perkongsian PC yang menyakiti, mohon dimaafkan.
Sekian
Tinta PC
SALAM SYAWAL 1442H MAAF ZAHIR BATIN
Tags:
Santai
Maaf zahir dan batin PC!
BalasPadamSalam syawal untuk PC sekeluarga :)
BalasPadamsalam syawal Kak PC, saya mohon maaf zahir dan batin =)
BalasPadamsalam aidilfitri maaf zahir batin pc n fmili
BalasPadamSalam lebaran 1442 H
BalasPadamMaaf zahir dan batin dari wak sekeluarga
Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin ye... Moga Syawal kalini membawa seribu kebaikan jua... Amin..
BalasPadamSelamat hari raya kak PC dan keluarga! :)
BalasPadamSelamat Hari Raya Aidilfitri PC
BalasPadam