Satu Hari Satu Pasang

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

SATU HARI SATU PASANG. Sebulan dua belum puasa pun promosi raya dah kencang. Sana sini. Di media sosial. Cuma cakna dengan tak sahajalah. Ada orang suka buat persediaan awal. Ada pulak yang pilih buat persediaan disaat-saat akhir. Macam biasalah hak masing-masing. Ikutlah mana yang memudahkan. Dan ikut juga cara keluarga masing-masing merencana. 

Satu hari satu pasang. Tiga puluh hari tiga puluh pasang. Fuh. Bermacam rekaan Dan jenis mengikut kesesuaian dan keperluan. Ada ye. Tidak mustahil ada. Ada juga yang mix and match baru dan lama. Sederhana dan mahal. Asal kreatif semuanya boleh dan nampak elok molek sahaja sebenarnya. 

Sehari sepasang baharu. Atau sehari sepasang ulang pakai. Atau bagaimana itu ikut mampu dan keperluannya juga. Kalau keadaan menuntut begitu mahu baharu sentiasa, silakan. Sebab PC sendiri ada melihat ini terjadi. Sehari design dan tema khas sekeluarga. Fuh, kalau sekadar untuk bergambar bukan suatu yang aneh, tapi kalau untuk keperluan ke mana-mana, gigih sungguh laaaaa. Hehe.

Tidak salah ulang pakai, jangan malu kalau tidak berbaju mahal dan mewah di hari raya. Ukur mampu dipoket sendiri. Mampu beli, tidak mampu apa adanya pun tidak mengapa. 

Sekian. 
Tinta PC 
Satu Hari Satu Pasang 


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. banyak duit betul artis sorang tu, hari2 baju raya dia ada yang baru haha

    BalasPadam
  2. sehari sepasang..mak oi..lepas tu simpan ke jual balik..terfikir la macam mana dia simpan...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama