TANGGUNGAN PERASAAN YANG KIAN MEMBERAT. بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم. Assalammualaikum wbt. Alhamdulillah. Hari ini 25 Ramadan. Malam ini malam 26 Ramadan. Semakin mendekati garisan penamat. Madrasah Ramadan bakal berakhir kurang seminggu lagi. MasyaAllah. Alhamdulillah. Jumaat pertama dibulan Mei. Walau berbaki sedikit sahaja lagi kita pun tetap tidak dapat menjangka apa yang bakal terjadi hari esok. Semoga semuanya lancar dan baik-baik sahaja. Aamiin.
Nikmat Ramadan sukar diungkapkan. Sungguh. Cuaca juga seakan mengerti sebagaimana kita rasai saat ini. Panas dan hujan bersilih ganti setiap hari. Siang panas, malam hujan. Gembira berpuasa, gembira nak sambut raya tapi sedih sebab tidak dapat bersama-sama ahli keluarga untuk kali kedua. Allahu. Bukan PC sahaja malahan sebahagian besar kita menghadapi dan merasai situasi terkini.
Tanggungan perasaan yang kian memberat. Sungguh-sunggah. Ramadan bakal berakhir sedih, mengenang raya yang bakal tiba sayu hati. Bukan tidak bersyukur namun baginilah fitrah manusia yang Allah swt beri perasaan dalam hatinya yang pelbagai. Menaip ni pun dah bertakung air mata. Mungkin masih banyak yang belum kita pelajari atas apa yang terjadi dan Allah swt beri ketika ini. Mungkin masih ada yang belum boleh merendahkan hati dan diri sebagai hambaNYA. Mungkin juga ada yang tetap ulang khilaf yang serupa walau sudah tahu itu bukan jalan dan solusinya. Bila sesuatu yang Allah swt beri dan uji seolah menemui jalan buntu, tidak mustahil hamba-hambaNYA belum memberi apa yang DIA kehendaki. Mungkin pada luarannya kita macam sama tapi dalamannya itu tetap sahaja berbeza dan yang dalaman itu yang sentiasa DIA ambil tahu.
Berat perasaan melihat perangai orang. Berat perasaan memikirkan banyak hal. Berat tanggungan perasaan ini yang sukar untuk diluahkan.
Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Tanggungan Perasaan Yang Kian Memberat
Tags:
Santai
Ada anak cucu wak yang tak dapat balik beraya di kampung.
BalasPadamperasaan sedih bila tak dapat berkumpul bersama2 di pagi raya.
legakan rasa yg berat menekan jiwa sekadar mampu
BalasPadam