بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
BERAKHIRNYA SEBULAN SYAWAL. Alhamdulillah. Ada manisnya. Banyak tersenyumnya. Setiap Syawal ada cerita yang tersendiri. Syawal Tahun lepas begitu ceritanya. Tahun ini begini pula, walau kita tetap yang sama meraikan tapi berbeza suasananya.
Keriuhan kecil semakin hilang dan pudar. Bila masing-masing sudah tidak bersama-sama lagi merai. Masing-masing sudah mula beraktiviti dengan tugas dan tuntutan mencari nafkah juga. Ya, dari tahun lepas lagi suasana jauh berbeza. Yang sentiasa menyatukan hati terus berkasih sayang adalah teknologi. Syukur sangat-sangat. Terpisah jasad namun tidak terputus khabar satu sama lain.
Berakhirnya sebulan Syawal. Harapnya masih diberi rezeki untuk sama-sama merai bersama insan-insan bererti disekeliling. Kebersamaan itu paling bermakna walau cuma bicara hal remeh yang santai-santai sahaja. Paling penting kualitinya berkumpul itu.
Terima kasih Allah dan syukur sangat-sangat atas nikmat Syawal ini. Alhamdulillah.
Sekian
Tinta PC
Berakhirnya sebulan Syawal
Tags:
Santai
Alhamdulillah...
BalasPadamAs singgah sini dan follow.
Terima kasih singgah dan follow. Alhamdulillah dah follow juga.
PadamAlhamdulillah...
BalasPadamsalam perkenalan dari saya
saya follow blognya yang indah ini
^_^
Terima kasih follow blog ini. Salam ukhuwah juga.
PadamAlhamdulillah. sudah selesai puasa sunat 6 syawal...
BalasPadamSyukur. Moga ada rezeki tahun akan datang.
PadamSemoga kita dapat bertemu lagi ramadan dan syawal berikutnya
BalasPadamBetul wak. Aamiin. In shaa Allah.
PadamAlhamdulillah...biar terkurung, masih ada manisnya.
BalasPadamBetul. Tetap bersyukur.
PadamSalam Jumaat dan Salam 30 Syawal 1442H PC.
BalasPadamAlhamdulillah pasti ada hikmah disebaliknya. Semoga ada rezeki kita bertemu semula Ramadhan dan Syawal akan datang
Salam Jumaat MrsA. Aamiin. In shaa Allah. Semoga Allah rezekikan untuk kita.
PadamSemoga jumpa lagi....
BalasPadamPejam celik pejam celik dahhh habis bulan syawal. Cepat masa berlalu.
BalasPadamSemoga tahun depan kita masih bertemu bulan ramadhan dan syawal :)