Biar Angka Kes Sahaja Yang Menurun Jangan Semangat Kita Yang Menurun

BIAR ANGKA KES SAHAJA YANG MENURUN JANGAN SEMANGAT KITA YANG MENURUNبِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt. Haaa kan, bukan main tajuk berjela sampai terlajak masuk rumah jiran sebelah. Hehehe. Apa khabar semua sahabat-sahabat blogger. Alhamdulillah ,diperhatikan beberapa hari ni jumllah kes Covid 19 ada penurunan. Tak apa walau sedikit tapi ada juga pengurangan. Walau sedikit masih sedap juga nak menyebut. Tapi rasa risau masih lagi tebal dan tinggi. Kerana segalanya mungkin. Tiadak ada yang mustahilkan. Belum boleh selesa dan tidak boleh leka juga. 

Ingat, kita masih berjuang dan masih belum menang lagi. Biar angka kes sahaja yang menurun jangan semangat kita yang menurun. Terus bersemangat patuh arahan dan SOP yang ditetapkan. Terus bersemangat berdoa minta Allah bersihkan segala virus yang ada ketika ini. Jangan putus asa untuk saling berpesan-pesan dan mengingatkan satu sama lain. Mainkan peranan di media sosial masing-masing. Nasihat, ingatkan kerana Allah dan kerana mahu sama-sama dapat yang terbaik.

Sebelum virus COVID 19 melanda, telah banyak kes yang berlaku dan kita dengarkan, apatah lagi setelah COVID 19 melanda, maka bertambah-tambah kes yang muncul dan dilakukan. Tidak semua kes yang terjadi itu memang kehendak sendiri untuk melakukan terkadang dek desakan dan kebuntuan hidup untuk meneruskan hari esok dan demi mulut serta perut-perut yang mesti diisi. Ada orang buat salah, buat jenayah memang dia nak dan hobi atau kerjaya. Ada orang buat itu semua atas keterpksaan dan walau cuma baharu pertama kali ianya tetap sahaja menjadi kes dan diklarifikasikan sebagai perbuatan jenayah. Nampak tak.

Apa sahaja kes. Biar setiap hari ada penurunan. Apa sahaja yang kita tempuhi jangan jadikan itu alasan untuk semangat kita menurun ya. Kita cuba untuk selalu bersemangat walau kadang semangat tu entah pergi ke mana.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Biar Angka Kes Sahaja Yang Menurun Jangan Semangat Kita Yang Menurun

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Salam PC. KakYa singgah sini. Lama tak singgah .. Betul tu PC.. BIAR AMGKA KES JER YANG MENURUN JANGAN PULAK SEMANGAT KITA TURUN SEKALI.. Thanks sharing.

    BalasPadam
  2. Setuju . Semoga kita sama2 kuat menghadapi PKP ni

    BalasPadam
  3. moga kes menurun lagi dgn banyak

    BalasPadam
  4. Moga terhapus Covid 19 secepatnyaaa.. Amin

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama