بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
BILA DISIBUKKAN DENGAN URUSAN DUNIA. Ada pekerjaan syukuri. Tiada pekerjaan usahakan sampai ada atau dapat pekerjaan. Sebut bekerja atau pekerjaan tidak semestinya waktu pejabat tiga sesi. 7.30 pagi mula pulang jam 4.30 petang, 8.00 pagi mula kemudian jam 5.00 petang balik atau 8.30 mula dan pulang jam 5.30 petang. Walau kebanyakkannya yang berfikiran bahawa yang dimanakan kerja atau disebut kerja itu begitu sebenarnya bagi PC setiap daripada kita sebenarnya sedang bekerja. Terus menerus tanpa berhenti pun walaupun sedang tidur. Cuma dalam skop atau tafsiran kerja yang berbeza kerana kerja itu ada banyak cabang dan keadannya.
Ubahlah cara atau gaya pemikiran. Kerja atau pekerjaan apa sekalipun yang dilakukan tidak mengapa biasa-biasa, sederhana paling penting rajin dan halal apa yang diperolehi. Bukan menolak yang baik-baik atau yang hebat serta gah.. tidak sama sekali cuma jangan jadikan pengukur atau garis pembandingan dengan orang lain. Kesian. Rezeki setiap orang kan tak sama. Kena faham benda tu. Patutnya lebih risau jangan sampai ada yang ada disekeliling kita buat kita sibuk dengan urusan dunia.
Jujur, PC takut bila disibukkan dengan urusan dunia. Menjadi suri rumahtangga, bekerja dan kemudian kembali menjadi suri rumahtangga PC rasai banyak pengalaman dan merasa perbezaan pelbagai sudut. Bila jadi suri rumahtangga sepenuhnya di rumah maka fokusnya satu. Tapi tidak bila bekerja kerana bekerja dan menjadi isteri menggalas tudas-tugas rumahtangga perlu tetap jalan seiring. Bohong kalau PC kata PC success setarakan kedua-duanya sewaktu kerja dulu, walau cuba macam mana sesekali terseliuh juga. Kadang-kadang ada yang tewas juga. Itu en suami ada membantu mana yang perlu dan patut. Kalau tak bantu mahu jadi zombi.
Sesiapa pun berhati-hati dengan apa sahaja rezeki dan apa sahaja yang sedang dinikmati saat ini jangan sampai selesanya kita disibukkan dengan urusan dunia. Nauzubillah kerana ada yang walau sibuk tetap tahu bahagi masa dan pandai beza mana kanan dan kiri serta siang atau malam, namun ada yang langgar semuanya hanyut seperti tidak nampak dimanakan tebing atau pelabuhan akhir nanti.
Jangan pernah lupa berdoa agar tidak dilupakan dengan akhirat walau sesibuk mana pun dengan pelbagai urusan duniawi.
Sekian.
Tinta PC
Bila Disibukkan Dengan Urusan Dunia
Tags:
Santai
kalau terlalu sibuk masa terasa amat pendek
BalasPadamsibuk sibuk sampai meyibuk
BalasPadambetul pc..sebenarnya bila terlalu sibukk kdg2 kita sendiri xsempat pn nk urus diri sendiri..
BalasPadamTakut juga lalai dgn urusan dunia hingga lupa akhirat. Harap masih boleh timbangkan dunia dan akhirat bagi sama rata
BalasPadam