بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
BUKAN SEKADAR UNTUK HARI INI SAHAJA. Ada jangka pendek. Dan ada juga jangka panjangnya. Setiap apa yang mahu kita lakukan memang ini kesannya. Tetap sahaja ada kesan-kesan tertentu yang perlu ditanggung. Bezanya jangka pendek atau jangka panjang. Tak kisahlah perkara itu baik atau sebaliknya. Sebelum buat sesuatu fikir dulu masak-masak. Secara paling waras dan tenang kerana bukan sekadar untuk hari ini sahaja yang perlu kita hadapinya.
Ya, bukan sekadar untuk hari ini sahaja. Mungkin ada yang tidak kisah pun, tapi kalau ada yang begitu mulai sekarang sila kisah atau cakna la ya sebab banyak perkara kesannya bukan cuma libatkan diri kita sendiri tapi melibatkan orang lain juga dan orang lain itu terutamnya ahli keluarga kita sendiri juga. Sama ada kita buat satu kesalah atau perkara yang baik semua itu akan selalu disebut-sebut. Darah daging tentu sekali dikaitkan dan dibawa-bawa setiap kali ianya disebut atau diceritakan. Nampak tak.
Sesetengah orang suka tutup buku. Buka buku baharu. Mulakan yang baharu. Ada orang yang suka cari buku lama dan diselak per helai satu per satu. Penerimaan orang tak sama. Berbalik pada niat masing-masing juga sebenarnya. Kita manusia biasa. Tak terlepas dari buat dosa atau kesalahan.Sangat betul.Tapi kita boleh ikhtiarkan dulu dan kemudian selebihnya itu bukan tugas kita.
Kalau ada niat berbuat kebaikkan, teruskan segera kerana nikmatnya bukan sekadar untuk hari ini sahaja. Begitu juga kalau ada niat yang tidak baik, fikirkan semula kerana kesannya bukan sekadar untuk hari ini sahaja juga.
Sekian
Tinta PC
Bukan Sekadar Untuk Hari Ini Sahaja
Tags:
Santai
sedih selak baca buku lama
BalasPadamkadang2 kena jugak bukak buku lama...
BalasPadamJangan pandang belakang...
BalasPadamSetuju. Setiap tindakan kita sama ada besar ataupun kecil ada risiko dan kesannya.
BalasPadam