Cabaran Mahu Mensyukuri

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

CABARAN MAHU MENSYUKURI. Mensyukuri dan bersyukur itu tidak cuma pada lisan. Tapi pada perbuatan dan sentiasa sebut dalam hati juga. Kata orang, senang je nak bersyukur. Sebut alhamdulillah. Tanda berterima kasih pada Allah SWT yang memberi dan mengizinkan. Memang ringan dan mudah tapi manusia selalu terlupa dan alpa. Termasuklah PC. 

Mudah tewas. Betullah, mudah tewas nak bersyukur atau mensyukuri lebih-lebih lagi bila musibah yang menimpa. Sedang nikmat pun susah disyukuri dan terlupa mensyukuri apatah lagi bila musibah yang datang, jauh mahu mensyukuri sedangkan baik nikmat atau musibah kedua-duanya mesti disyukuri. Dua-duanya daripada Allah SWT.Nikmat tidak selamanya menjadi nikmat dan terasa nikmat. Musibah pun macam tu juga, tidak selamanya musibah kerana tidak pelik kalau hujungnya berbuah kemanisan dan nikmat berganda.

Jangan fikir setiap nikmat itu adalah hasil usaha diri sendiri dan musibah itu angkara orang lain kerana itu yang menjadi salah satu cabaran mahu mensyukuri. Bila fikir berjaya atau mudah urusan atas usaha sendiri itu yang menjadikan manusia lupa mensyukuri nikmat. Apatah lagi bila ditimpa musibah, cepat jari menuding lagilah jauh untuk tetap mensyukuri.

Ajar dan lawan diri sendiri. Ajar diri sendiri jangan mudah lupa ucap kata-kata syukur dalam situasi apa sekalipun yang dilalui. kalau pun tidak mampu ucap dalam detik itu, bila sudah reda ucaplah kata-kata syukur sebanyak-banyaknya ketika sudah reda atau tenang bila dilanda musibah. Bila ada rasa riak atau ujub, cepat-cepat lawan supaya mensyukuri nikmat itu tidak segera terhakis.

Kita manusia tidak akan mampu kalau Allah SWT tidak mahu membantu. Sehinnga hari ini kita masih berada di bulan Syawal pun satu nikmat dan rezeki yang mesti disyukuri. 24 Syawal 1442.

Sekian
Tinta PC 
Cabaran mahu mensyukuri.

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

6 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Betul... Perang yang paling nak memang adalah berperang dengan diri sendiri....

    BalasPadam
  2. Setuju. Sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.

    BalasPadam
  3. betul.... ajar diri sendiri utk lakukan semua ni

    BalasPadam
  4. Sentiasa bersyukur di atas segala anugerah dan limpah kurnia-Nya

    BalasPadam
  5. Betul PC..manusia sudah lumrah dgn itu..mensyukurilah apa adanya..
    Tq sharing PC!

    BalasPadam
  6. Kita latih diri kita untuk sentiasa rasa bersyukur atas semua nikmatNya...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama