Encik Suami Selesai Dos Pertama Vaksin Pfizer

ENCIK SUAMI SELESAI DOS PERTAMA VAKSIN | Ø¨ِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt. Dos pertama selesai diterima. Alhamdulillah. 17 Jun 2021. MasyaAllah. Kebelakangan ini di mana-mana isu vaksin yang hangat diperkatakan. Masing-masing mendaftar melalui My Sejahtera. Dan terkini kalau tidaksilap PC kanak-kanak berumur dua belas tahun ke atas juga sudah dikehendaki mendaftar untuk mendapatkan suntikan vaksin.

Nama pun manusia. Walaupun dah tua, rasa berdebar itu suatu yang tidak asing juga. bagi PC wajar sesiapa sahaja ada rasa sebegitu. Tak lawak pun itu tandanya normal, ada rasa. kalau tak ada rasa berdebar atau degup jantung laju bukan bererti tak normal, barangkali sangat tegar dan santai juga bawaannya. Maksudnyadia boleh biasa-biasa sahaja. Baguslah.

Encik suami selesai doa pertama vaksin
17 Jun 2021
12.36 Tengahari
Jenis vaksin Pfizer

Apa yang en suami rasa semasa disuntik dan selepas suntikan. Ok, masa suntikan di beri memang tiada apa-apa rasa pun. Alhamdulillah, seperti sekelip mata sahaja sudah selesai katanya. Taktik yang digunakan adalah petugas yang meyuntik ajak bersembang. Hehe. Tu yang rasa cepat bila tak fokus semua jadi cepat dan tak terfikir sakait atau tidakkan. 

Balik rumah, PC minta en suami makan kemudian makan panadol. Walaupun kata mereka yang sudah tamat kedua-dua dos yang perlu diambil perhatian adalah pada dos kedua, tak apa, PC tetap minta en suami makan panadol juga di dos yang pertama ini. 

Pening kepala?
Tak

Demam?
Tak

Tapi 

Semakin petang semakin rasa sengal dari lengan ke bahu. Bawalah ke malam hingga ke esokkan pagi harinya. Sengal ringan dan tidak berlarutan. Rasa sengal tangan yang tidak sampai pun dua puluh empat jam pun. Normal. 

Alhamdulillah. Tinggal tunggu untuk dapatkan dos kedua pada tarikh yang sudah diberi dan ditetapkan. Moga lancar dan dipermudahkan olehNYA. Aamiin. InshaAllah ada keizinan PC kongsikan pula kisah setelah dos kedua nanti seperti apa dan bagaimana reaksi tubuh juga pengalaman en suami.

Isterinya tengah tunggu giliran.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Encik Suami Selesai Dos Pertama Vaksin

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

7 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama