Fasa Pertama Perintah Kawalan Pergerakan LOCKDOWN COVID19 2021

FASA PERTAMA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN LOCKDOWN COVID19 2021بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt. Sebenarnya mahu atau tidak lockdown itu bermula daripada diri sendiri. Jadi tanya pada diri sendiri. Kenapa bermula daripada diri sendiri, kerana  walau telah diarahkan dengan arahan yang sangat jelas pun tetap sahaja ada yang tidak mematuhi tanpa alasan yang ampuh. PC nak rasa bengang pun tak boleh juga. Tak baik juga sebenarnya sebab setiap orang ada keperluan dan kehendak. Terpulanglah. Terserahlah. Jaga diri dan jangan lupa tolong jagakan untuk orang lain juga, kerana situasi sekarang bukan lagi kau-kau dan aku-aku. Dah jauh beza. 

Fasa pertama perintah kawalan pergerakan (lockdown) COVID-19 2021.
Bermula 1 Jun hingga 14 Jun 2021.
Sahaja aku patuhi arahan ini demi kebaikan kerana Allah swt.

Ada pro dan kontra. Ada yang setuju dan ada yang membantah. Terang-terangan atau senyap-senyap. Sudah tentu setiap orang ada alasan dan pandangan masing-masing. Apa sahaja akan ada yang menerima dan menolak. Lumrah dan bukan sesuatu yang aneh juga. Bukan terjadi ditempat atau negara dan persekitaran kita sahaja, ini bersifat keseluruhan.

Pukul Berapa Tok Harimau Siang Dan Malam Hari pun dah tak ada lagi. Kali ini ibu ayah betul-betul kawal pergerakkan anak-anak mereka. Yang mula kedengaran di anjung rumah masing-masing adalah anak-anak berendam mandi dalam kolam sesama adik beradik mereka. Tak siang tak malam. Layan. Ditambah cuaca sangat panas terik dan sudah lama tidak hujankan. Wow, syok berendam.

Sukar untuk menjangkakan adakah akan ada fasa kedua ketiga dan seterusnya selepas ini seperti tahun sudah sehingga angka dan jumlah kes berada dalam tahap paling minimum. Namun yang detik ini, kita laksakan betul-betul dengan sebaik-baiknya la ya. 

Fasa Pertama Perintah Kawalan Pergerakan LOCKDOWN COVID19 2021
Gambar Hiasan

Allah swt akan beri kemenangan kepada kita. Tapi ada syaratnya. Tentu juga ada peraturannya. Dalam urusan ini syaratnya kena ganding bahu bersama-sama melakukan untuk tidak melakukan. Faham. Dewasalah dalam mengambil keputusan dan ketika bertindak.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Fasa Pertama Perintah Kawalan Pergerakan LOCKDOWN COVID19 2021

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

6 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Setuju dgn PC..Mudah-mudahan ada keajaiban. AMin!

    BalasPadam
  2. Semoga memberi kebaikan kepada negara. Amiinnn

    BalasPadam
  3. semoga lockdown kali ini berjaya. kesian pada pelajaran anak-anak, kewangan ibu bapa.. harap yang terbaik..

    BalasPadam
  4. Sha memang tak bagi langsung anak-anak keluar bermain.. Setakat di beranda je.. Kalau ada yang memanggil pun memang Sha tak bagi keluar start cuti sekolah raya hari tu.. Kesian juga tapi demi keselamatan bersama.. Lagipun ini je antara cara nak landaikan kes Covid19 pada Sha.. Duduk diam dalam rumah.. Banyak je yang boleh dibuat dalam rumah..

    BalasPadam
  5. semoga lockdown kali membuahkn hasil. ramai insan terpaksa cuti kerja/berhenti kerja. wuu semoga dipermudahkn semuanyaaaa

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama