Hari Terakhir Syawal Ditutup Dengan Menerima Sekeping Kad Raya

HARI TERAKHIR SYAWAL DITUTUP DENGAN MENERIMA SEKEPING KAD RAYAبِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم .Assalammualaikum wbt. Santai petang. Bawa anak bulu jalan-jalan sekadar di sepetak tempat parking kereta. Itu je pun yang berani dan boleh. Sambil siram pokok serai yang baru belajar tumbuh daun muda baharu. Alhamdulillah. Moga panjang usianya. Beranak pinak la dia. Nak masak mudah sikit. Aamiin. Bahagia tau bila apa yang kita tanam menunjukkan tanda-tanda nak hidup. Sedih woo bila apa yang di tanam berhujung kematian yang menyayat hati. Tapi itu semukan atas izinNYA juga. Sekali tanam tak menjadi, tanam lagi. Cuba lagi.

Sambil-sambil tu bukalah peti surat. Sebab tadi ada dengar encik posmen hantar surat. Terima kasih sahabat Blogger Shida Radzuan. Alhamdulillah atas kesudian sahabat blogger Shida hantar kad raya kepada PC ya. Gembira. Terharu. Sangat. 30 Syawal 1442H.

Hari Terakhir Syawal Ditutup Dengan Menerima Sekeping Kad Raya

Hari terakhir Syawal. Tak terjangkan ada rezeki terima kad raya. Sudah tidak ramai yang masih mengekalkan budaya ini. Budaya menghantar kad raya kerana banyak hal telah diambil alih oleh teknologi juga sebenarnya. Dan ramai daripada kita termasuklah PC memilih untuk menggunakan aplikasi tersedia untuk sebarang urusan juga memberi ucapan. Syabas kepada sahabat blogger yang masih mengekalkan budaya ini. Ada nilainya yang tersendiri. Indah. Manis untuk dikenang.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Hari Terakhir Syawal Ditutup Dengan Menerima Sekeping Kad Raya

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. SA pun dapat sebelum ni dari Shida Radzuan...seronok kan PC...

    BalasPadam
  2. Samalah .. CCL pun dapat juga utusan raya dari blogger shida

    BalasPadam
  3. Seronok dapat kad raya ni, teringat kembali zaman sekolah dulu dulu kannn hehehe

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama