بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
KUALITI. Tidak menafikan kuantiti juga sangat penting.Kalau boleh biarlah seiring antara kuantiti dengan kualiti namun andai disuruh membuat pilihan dalam keadaan terpaksa atau terdesak, ya kualiti itu lebih menjadi utama dalam banyak hal dan dalam pelbagai perkara.
Terbaik atau paling baik. Semua orang mengharapkan seperti ini. Mahu yang terbaik atau paling baik. PC pun. Kerana di situ ada satu titik rasa, iaitu titik kepuasan, kebahagiaan dan satu pencapaian yang dirasakan setelah berkeringat mengusahakan. Tidak menafikan ianya juga salah satu kayu ukur potensi diri, untuk menghargai dan memuji diri sendiri. Bukan bangga, jangan riak atau ujub tapi mensyukuri. Jangan tunggu dan harap pujian orang, tapi mulakan diri sendiri yang memuji diri sendiri. Puji Allah SWT yang mengizinkan juga.
Sederhana. Sederhana lazimnya menyelamatkan. Nak lebih selamat setinggi atau serendah mana pun tetap sahaja lakukan atau tunjukkan kesederhanaan. Berkualiti sehebat apa pun, sederhana menjadi benteng atau garis untuk kita tidak melangkaui batas terutama menjadi manusia yang kufur nikmat hujungnya.
Kurang baik. Kurang kualiti. Kurang itu dan ini. Allahu. Apa yang kurang cuba kenal pasti. Cari puncanya sehabis baik, kemudian mana boleh perbaiki, maka perbaikilah. Tidak berkualiti hari ini bukan bererti tidak berkualiti selamanya. Bukan juga tidak ada nilai untuk seterusnya. Siapa kata. Kadang bermula daripada kurang baik atau kurang kualiti itu hujungnya menjadi sesuatu yang paling baik dan hebat.
Ada orang tidak pernah kisah dengan kualiti. Ada orang sangat kisah akan perihal kualiti. Ada orang paling penting kuantiti. Yalah setiap orangkan ada prinsip masing-masing. Ada jalan dan pilihan asing-asing. Terserah. Kita hormati sahaja selayaknya. Cukup.
Sekian.
Tinta PC
Kualiti
Tags:
Santai
kalau ana pilih kualiti sebab dpt beri kepuasan pada diri. tapi tak sampai berlebihan. tiada yang semopurna dalam dunia ni kan.
BalasPadam