SALAH KE BERKELUH KESAH. بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم . Assalammualaikum wbt. 'Apalah tak tahu bersyukur'. 'Nak macam mana lagi'. 'Itu salah'. 'Ini salah'. 'Siapa yang betul'. 'kau je yang betul'. 'Dia saja yang betul'. 'Susah macam ni'. 'Pening kepala'. Dan banyak lagi versi kedengaran di mana-mana sahaja. Dari segenap peringkat umur. Sampaikan anak kecil pun dah pandai berkeluh kesah. Apatah lagi yang dewasa dan orang-orang tua.
Bila berkeluh kesah. Biasanya dicop tidak bersyukur. Tidak berterima kasih. Tidak mahu memahami atau tidak tahu kenang jasa atau budi. Itulah yang selalu dilontarkan dan dilemparkan kepada orang yang berkeluh kesah. Tapi sebelum melemparkan satu kenyataan yang berat iaitu ''tidak tahu bersyukur" kena dasari dulu apa alasan seseorang itu berkeluh kesah.
Bagi PC, kalau orang tu memang sentiasa berkeluh kesah dalam keadaan mudah atau sukar ya itu boleh dikatakan tidak mahu mensyukuri nikmat. Tapi kalau orang itu berkeluh kesah hanya dalam situasi tertentu dan hanya sekali sekala itu di keranakan dia sedang cuba memuntahkan rasa hatinya dan mahu meringankan apa beban yang ditanggung oleh perasaan dan fikirannya. Mungkin pada orang lain tiada beza, tapi bagi PC ada perbezaan yang jauh.
Salah ke berkeluh kesah. Kalau keterlaluan dan sentiasa itu ada salahnya kerana menampakkan sangat kurang rasa bersyukur atas segenap nikmat yang telah diterima dan dinikmati. Tapi kalau sesekali berkeluh kesah dengan alasan yang kuat, kena pada masa dan situasi, silakan dan mengapa tidak. Sekurang-kurangnya sedikit beban yang dirasai berkurangan. Justeru itu adanya pakar psikologi tempat orang meluahkan rasa dan mengurai segala permasalahan yang ditanggung untuk mendapatkan dan mencari solusi terbaik. Kalau masalah itu tidak dapat diselesaikan keseluruhannya, sekurang-kurangnya walau kecil atau sedikit ada yang sudah terlerai.
Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Salah ke Berkeluh Kesah
Tags:
Santai
letih kalau terlalu bercampur dgn org yg kerap mengeluh ni
BalasPadamsebab memendam lagi bahaya!
BalasPadamberkeluh kesah legakan perasaan
BalasPadamAi raikan pendapat semua orang, tapi bila semua perkara tak kena and nak mengeluh, yang tu annoying sangat.
BalasPadamkeluh kesah sedikit, sekadar melepas apa yang terbuku di dada. kalau pendam nanti melarat jiwa pulak
BalasPadamsesekali melepas kan perasaan dengan berkeluh kesah itu perlu demi melgakan hati.. namun bila semua nak dikeluhkan itu tak bagus.. hehehe
BalasPadam