Sebelum Dan Kalau Sudah Membuat Keputusan Mahu Membantu

SEBELUM DAN KALAU SUDAH MEMBUAT KEPUTUSAN MAHU MEMBANTU. بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt. Saling membantu itu satu amalan yang sangat baik. Sesama insan. Sesama makhluk. Bantulah semampunya. Kita tahukan sekadar mana kita ni mampu nak hulur bantuan. Nah lakukan. Terpulang orang nak cakap apa, kalau awak mampu segitu, maka segitulah. Kalau awak mampu segini, ya seginilah. Jangan banding-bandingkan mampunya orang menghulur bantuan kepada orang lain. Jangan ya. Nanti orang sakit hati, sedih, malu dan baik-baik nak bantu terus tak nak bantu lagi. Tak pasal-pasal kita dapat musuh dalam diam. Cuba kalau kita yang kena mesti sakit hati jugakan..kan..eleh jangan tipu. Silap-silap kita marah dan maki orang yang pertikai pemberian atau bantuan kita tu. Haa.

Kalau ada niat nak beri bantuan, atau sudah pun memberi bantuan tak kisahlah bantuan dari segi apa sekalipun, ''Hati kena kuat untuk ikhlas. Mulut mesti mampu dikunci rapat. Yang berbicara cukup daripada orang lain yang merasa dan melihat bantuan daripada kita atau daripada sesiapa pun untuk menilai tapi jangan dan cubalah tidak memuji diri sendiri atas setiap kebaikkan yang dilakukan''.

Jangan buang waktu, jangan membazir, jangan itu jangan ini kerana suatu yang sia-sia biasanya ditegah untuk dilakukan, dan sebenarnya salah satu yang sia-sia juga mesti kita elakkan adalah tidak menyebut atau mengungkit pada setiap bantuan peribadi yang telah dan akan kita lakukan. Tak mudah menyimpan kebaikkan atau bantuan yang kita dah buat. Sebab itu semua menjadi nilai tambah pada diri kita juga supaya orang lain hargai dan tahu. Sungguh. Kadang orang tahu kita bantu tapi sengaja tidak hargai sehinggalah kita bercakap. Tapi tak apalah kalau orang tak hargai sebab nilai tambahnya segera tercatat dibuku yang sepatutnya juga. 

Membantu itu satu pilihan dan keputusan. Bila pilih untuk membantu, bantulah kerana Allah swt. Paksikan keputusan itu dengan hati dan fikiran serta niat yang paling jernih. Kalau memilih untuk tidak membantu dengan alasan atau tanpa alasan, jangan hati iri dengan orang lain yang mahu membantu. Lapangkan hati dan fikiran.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Sebelum Dan Kalau Sudah Membuat Keputusan Mahu Membantu

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. lakukan kebaikan kerana Allah dgn izin-Nya

    BalasPadam
  2. Yang penting jangan mengungkit di kemudian hari bila dah buat keputusan untuk membantu

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama