SEBOLEHNYA MAHU TETAP SAMA SAHAJA. بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم .Assalammualaikum wbt. Tetap saudara. Tetap kawan dan sahabat. Tetap adik beradik. Tetap jiran tetangga. Apa sahaja yang baik-baik sebelum ini biarkan terus tetap begitu dan kalau boleh biarlah lebih baik dan berbaik-baik lagi. Terima.
Umumnya tidak ada siapa yang terlepas daripada lakukan kesalahan. Dia buat salah, dia taubat dan berubah itu urusan dia dengan Allah swt. Sekarang sangat serius isu vaksin. Ada yang menerima dan ada yang memilih untuk tidak menerima itu pun hak masing-masing. Beza ideologi politik, itu juga hak masing-masing atas pilihan dan pertimbangan diri setiap individu jugakan. Hantar anak ke sekolah atau belajar di rumah serta berhentikan anak-anak daripada sekolah pun atas mahunya masing-masing.
Setiap orang akan ada pendapat sendiri. Menegakkan pendapat sendiri itu benar, tidak bererti dan tidak boleh juga mematahkan dan menyalahkan dengan mudah pendapat orang lain walaupun terkadang majoriti mengatakan dan bersetuju apa yang dia atau sesiapa sahaja yang sedang dilakukan itu kurang wajar dan jelas silap.
Ketika mahu memutuskan menjalin silaturahim dengan orang lain kena bersedia juga segala pakej yang ada dan dia bawa. Dia tu bererti tidak kira siapa pun orang itu. Berkawan tidak salah. Bersahabat tidak salah. Tapi kena pandai letak batas apa yang boleh dicontohi dan diteruskan atas landasan ukhuwah dan silaturahim itu, dan apa yang mesti terus dipotong dan tolak dengan tegas. jangan langar semua. jangan dibolehkan semua walaupun kitamesti saling menghormati sesama kita. Sesama insan dan makhluk yang ada.
Sebolehnya mahu tetap sama sahajalah. jangan diar diri dibuai rasa yang samar-samar. Apa sahaja keputusan orang, apapun itu pilihan orang hormati dan terus berukhuwah. Terus berbuat baik. Jangan boikot dan bergaduh sesama kita gara-gara orang lain tak ikut cara kita dan kita tak ikut cara orang lain. Tak perlu juga bersungguh-sungguh bertegang uruat atau beri tazkirah yang bukan-bukan. Kita tahu dia tidak sependapat dengan kita, kita tahu dia pernahbuat salah, kita tahu apa pun itu, tetap sahaja sama layanan dan jalin persaudaraannya. Memang susah sebab macam pura-pura pulak kan. Tapi kalau kita ikhlas mahu berukhuwah, segala kekurangan dan keterbatasan itu bukan halangan dan segenap kelebihan itu bukan alasan mahu menikmati sesuatu dengan jalan pintas juga.
Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Sebolehnya Mahu Tetap Sama Sahaja
Tags:
Santai
BERSILATURAHIM TUNTUTAN AGAMA KITA
BalasPadamPerkongsian yang bagus.. terima kasih atas ingatan..
BalasPadam