Sekarang Dan Terkini Esok Dan Akan Datang

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

SEKARANG DAN TERKINI ESOK DAN AKAN DATANG. Segalanya mungkin. Tiada yang mustahil pada sesuatu yang bila Tuhan mahu maka ianya akan tetap dan terus berlaku. Walaupun kita ni hamba tidak suka dan tidak mahu. Tapi kerdilnya mampu hamba sampai satu titik, cukup bersangka baik dan redha padaNYA. Bersangka baik padaNYA itu berat dan sarat dengan berkecamuk pelbagai rasa dan warna. Tidak semudah cuma membicarakannya sahaja.

Selagi Tuhan izin kita hidup, selagi itulah masih ada harapan dan peluang. Selagi itu juga masih ada masa dan hari-hari mendatang sehinggalah nyawa diambil kembali dengan caraNYA. Sekarang dan terkini inilah yang sedang PC dan kita semua lalui. Apa sahaja situasinya dan bagaimanapun penerimaannya kena hadap. Mesti tempuh dengan hati yang cukup ampun jangan rapuh. Esok dan akan datang mungkin sekarang dan terkini kita boleh bayangkan. Boleh berandaian begitu dan begini namun hakikat, ya berbalik lagi cuma DIA yang paling MAHA MENGETAHUI.

Berpada-padalah. Dalam segenap percakapan dan perbuatan. Segenap keputusan itu ada kesannya. Lebih-lebih lagi kerana kita tidak tahu apa yang bakal terjadi esok dan akan datang. jangan sampai meludah ke langit terpercik ke muka sendiri. Jangan sampai nanti orang pulangkan paku buah keras kembali kepada kita. Jangan juga hingga kita tidak berdaya angkat muka. Adakala kita terpaksa menanggung banyak rasa dan akibat daripada sesuatu yang "dahulu".

Sebuah buku ada berhelai halamannya. Setiap halaman pula ada banyak garisannya. Pada setiap garisan itu ada hadnya pada kanan dan kirinya. Begitulah kehidupan kita. Sekarang dan terkini boleh jadi kita cuma sendiri meniti, mungkin esok bila kita sudah tidak sendiri ada waris yang hadir menemani, dan suatu masa bila waris mula mampu berdiri sendiri sedangkan akan datang kita sudah tidak ada lagi di sisi menemani, apa yang bakal ditinggalakn dan diwariskan.

Sekian.
Tinta PC
Sekarang dan terkini esok dan akan datang.

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. banyak yang perlu kita sebagai hambaNya ambil tahu akan akibat dari perbuatan kita di dunia ini, terima kasih atas pesanan PC

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama