Terburu-buru Bertindak Merugikan Juga

TERBURU-BURU BERTIDAK MERUGIKAN JUGAبِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم .Assalammualaikum wbt. Mungkin ada yang beranggapan zaman sekarang tak boleh lambat-lambat. Tak sesuai nak bernanti-nanti dan berfikir panjang. Zaman sekarang serba pantas. Kena pantas bertindak kalau tidak nanti jauh ketinggalan kerana ditinggalakan. Ya juga. Bergantung pada kesesuaian dan keperluan juga bagi PC la. 

Mungkin ada perkara perlu kita buat keputusan dan bertindak dengan pantas. Ada sesetengahnya memang sangat perlu ambil masa lebih lama sedikit ketika membuat pertimbangan. Tawakkal dengan gelojoh lain konsepnya. Tengok juga masa yang ada dan apa urusannya. PC rasa tidak semua perkara atau urusan perlu terburu-buru dan ada juga yang memang tidak boleh sengaja berlengah-lengah.

Nasib-nasib. Sudah buat kemudian tawakal. Tapi nak tawakal pun jangan main tawakal ikut sedap sendiri. Sebab itulah kadang terburu-buru bertindak merugikan juga pada sesetengah perkara. kalau ianya memihak atau untungkan kita memanglah kita santai sahaja, tapi orang yang berasa rugi ada kau kesah. Haaa gitu. Biasa kita jadi gelabah bilakita dah bertindak terburu-buru dan berasa rugi itu kena pada diri sendiri, ha masa tulah baru dag dig dug.

Semua ada risiko. Tak berani ambil risiko ke. Pengecutlah. Nanti dulu. Jangan mudah berlisan begitu kerana ketika berada dalam situasi yang kerugian dan berisiko terkadang kita tinggal bersendirian. Kawan lari. Sahabat sibuk. Saudara mara lelah menghulur tangan. Hingga di akhirat kelak pun orang dalam kerugian berada di tempat khasnya yang menyakitkan. Ada masa ambilkira pandangan orang lain. Ada ketikanya mungkin perlu juga percaya dengan kata hati sendiri.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Terburu-buru Bertindak Merugikan Juga

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. apa sahaja perbuatan yang terburu2 ni banyak keburukan dari kebaikkannya

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama