Tidak Semudah Itu Bagai Yang Disangka

TIDAK SEMUDAH ITU BAGAI YANG DISANGKAبِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt. PC percaya nak capai sesuatu, nak dapatkan sesuatu tiada jalan mudah dan singkat KALAU niatnya betul, bersih dan lurus. Tapi, kalau niatnya salah, kotor dan serong itu terbukti sangat banyak dan sangatlah mudah dilakukan. Tak perlu diajar semua orang tahu dan boleh buat. Cepat dan mudah mengena sasaran. 

Kenapa.

Baik-baik itu sedikit lewat. Sebenarnya itu cuma perasaan kita sahaja kerana yang sering kita garis bawahkan yang jauh ke hadapan. Walhal yang baik-baik yang nikmat depan mata dan dalam denggaman terlupa nak disyukuri betul-betul. Pelajarannya, syukuri dulu yang dah memang sedia ada dan telah dinikmati, nanti apa yang diingini selainnya Allah swt akan beri. Jangan risau. Bersangka baik dengan-NYA.

Jahat-jahat, buruk-buruk mudah sangat jadinya. Mudah pada hasil dan pada tindakkan belum tentu mudah pada sipelaku mendapatkan rasa ketenangan pada hati dan fikirannya semula. Entah kenapa, PC juga yakin, bila ada rasa kepuasan dan kegembiraan menjatuhkan dan menyakiti orang lain atau makhluk lain dengan cara dan alasan apa sekalipun, jauh didasar hati dan fikirannya rasa bahagia yang ada Allah swt ambil daripadanya. Keseluruhannya. Ya pada zahirnya kita lihat dia biasa-biasa sahaja normal semuanya namun tidak pada hakikatnya.

Tidak semudah itu bagai yang disangka. Kita buat salah, orang kecam kita dan kita beanggapan itu menjadi gudang pahal buat kita. Tidak juga. orang buat salah, kita kecam dia, berharap segala pahala dia kita dapat dan dosa kita dia ambil, pun tidak sesenang itu juga prosesnya. Banyakkan sedekah, bantu orang supaya amal itu nanti pahalanya bantu kita dalam kubur, di hari akhirat pun boleh jadi tidak sepenuhnya juga kalau tidak dijaga solatnya, puasanya dan yang lain-lain sepatutnya. Hidup ni macam jigsaw puzzle. Allah beri satu persatu. Kita dapat sedikit demi sedikit. Kita perlu usaha cari dan lengkapkan. Semuanya sudah ada juga sebenarnya cuma macam mana kita nak susun, padankan dan lengkapkan dengan paling baik sekali.

Tiada jalan mudah dan singkat.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Tidak Semudah Itu Bagai Yang Disangka

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama