Tolong Ingat-ingatkanlah Ya

TOLONG INGAT-INGATKANLAH YAبِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt. Ingat mengingatkan. Berpesan-pesan. Mungkin segelintir orang tidak suka diingatkan akan suatu perkara. Maksudnya tak suka dinasihati atau ditegur. Apatah lagi bila buat salah pantang baginya diperbetulkan kesalahannya menjadi lebih baik. Tapi bagi PC, bersyukur sangat kalau ada yang mahu saling mensihati dan ingat mengingatkan kepada perkara kebaikkan. Jadi mana yang kurang baik boleh PC perbaiki. Mana yang salah boleh cepat-cepat PC perbetulkan. Mana yang kurang boleh pula ditambah. 

Tolong Ingat-ingatkanlah Ya

Dengan syarat cara mansihati, tegur menegur dan ingat mengingatkan tidak dengan cara mengaibkan. Semuanya ada cara dan adabnya. Tidak perlu pun karpet merah. Sirih junjung atau tepak sireh. Cukup jaga lisan dan intonasi. PC rasa semua orang mahu menerima ingatan atau teguran dengan cara yang paling baik.

Kasar teguran, kasar juga penerimaan orang. Biadap bahasa, biadap juga maklum balas daripada orang. Tinggi intonasi nah akan tinggi jugalah intonasi yang mendengar dan menerima. Justeru itu dalami cara dan tekniknya. Tak boleh juga satu cara untuk digunakan kepada semua orang kerana cara dan tahap penerimaan orang adalah berbeza-beza. 

Bukankah sama-sama nak senang dunia dan bahagia di akhirat kelak. Maka, tolong ingat-ingatkanlah ya. Dan kalau boleh luaskan pendengaran, lapangkan hati, bersihkan fikiran untuk menerima nasihat, teguran juga pandangan orang lain. Kalau ada niat mahu membaikpulih diri dan sebagainya yang berkaitan, tolonglah menjadi pendengar yang sehabis baik.

Tiada yang di atas terpaling baik, hebat dan berkuasa melainkan Allah swt sahaja satu-satunya. Selagi mana kita ini manusia, hambaNYA selagi itu kita akan sentiasa memerlukan orang lain untuk tergur dan ingatkan kita akan banyak hal. mana mungkin sendiri buat keputusan, sendiri sokong, sendiri setuju dan sendiri laksanakan. Apa yang akan berlaku hujungnya nanti. Lebih baik rendahkan hati, tak salah minta dengan orang lain untuk selalu ingat-ingatkanlah kita ni yang selalu lalai.

Demi Masa!Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
[ Al-'Asr 103 | Ayat 1 - 3 ]

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Tolong Ingat-ingatkanlah Ya

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. betul PC..saling meingati ni perkara yg baik..tp jd x baik..penerimaan org yg menerima peringatan tu..kalau disambut baik..baik jdn ya..kalau disebaliknya..mcm pc kata ..mmg ada setengah org yg xsuka ditegur atau diperingatkan..

    BalasPadam
  2. Saling tegur menegur itu bagus sebab kita boleh perbaiki diri dari semasa ke semasa tp kalau tegur tu cara elok dan baik2. Klau kasar boleh jd kes lain

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama