Tolong Sekadar Manis Dimulut Atau Perbuatan

TOLONG SEKADAR MANIS DIMULUT ATAU PERBUATANبِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم Assalammualaikum wbt. Nanti saya tolong ya. Jangan risaulah pertolongan saya siaga bila-bila masa diperlukan. Tolong. Saling mahu membantu. Saling tolong-menolong. Ada banyak jenis perangai orang. Banyak juga cara orang mahu menghulurkan pertolongan.

Tolong tengok. Tolong tambah masalah. Tolong bagi arahan. Tolong menyibuk. Tolong menghasut.Tolong tabur janji. Aduhai. Banyakkan jenis pertolongan.Begitulah ragam manusia. 

Ada orang tidak suka berjanji mahu menolong tapi dia sentiasa ada membantu tanpa diminta-minta atau disuruh. Ada orang mudah menolong tapi tunggu orang minta pertolongan dahulu. Parahnya bila orang bersungguh-sungguh mahu menolong bila tiba masanya, eh lesap pula dia. 

Sebenarnyakan tolong doakan pun sudah cukup baik. Diam-diam tolong doakan. Hati tak sakit. Kalau tidak mahu sedari awal atau tidak mampu menolong sila jangan bunyi. Bila awak bercakap itu bererti awak beri harapan dan janji. Sesiapapun dan PC ingatkan diri sendiri juga, jangan tolong itu cuma manis dibibir sahaja. Tunjukkan terus dengan perbuatan itu lebih baik. 

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Tolong Sekadar Manis Dimulut Atau Perbuatan



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

5 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Banyak pertolongan yang ada udang di sebalik batu

    BalasPadam
  2. Kalau kita tak mampu tolong, at least tolong diam. Bila berkata-kata hanya menambah beban, lagi sakit orang yang dalam kesusahan

    BalasPadam
  3. terima kasih atas peringatan..
    berdoa pun salah satu cara terbaik utk membantu seseorg..

    BalasPadam
  4. Banyak yg tolong dari tolong menolong huhu

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama