Untuk Diri Sendiri Dan Untuk Yang Lain Juga

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

UNTUK DIRI SENDIRI DAN UNTUK YANG LAIN JUGA. Bila ada orang lain menyentuh sesuatu hal pada diri kita atau keluarga kita dan bertanya akan sesuatu hal yang terkadang sudah lelah atau kurang suka untuk menjelaskan dengan lebih terperinci, adakala yang mampu kita ucapkan adalah mohon doanya atau mohon doakan sahaja. Ini jawapan ringkas namun padat dan mewah dengan seribu satu makna tersirat juga. Lain orang lain caranya namun jujur inilah cara PC. Tapi tengok jugalah apa yang orang tanya. kerana tidak semua perkara perlu diterangkan dengan sejelasnya. Dan tidak semua hal juga boleh dengan senang-senangnya dikongsikan justeru balasan pada setiap pertanyaan hujungnya PC mohon doa yang baik-baik sahaja entah apa pun itu hal yang dibualkan atau menjadi isu pada pandangan dan rasa ingin tahu orang lain.

Percaya tidak percaya ada orang menolak terang-terangan tidak mahu mendoakan. Bila orang mohon untuk didoakan. Ini pengalaman PC sendiri. Pulaknya terjadi dikhlayak ramai di satu majlis perkahwianan. Dengan suara yang lantang dan diperhatikan ramai tetamu yang hadir ketika itu. Allahu. Rabak hati. Koyak maruah. Rebah semangat. Nikmat itu nikmat. Ujian itu juga nikmat.

PC : Mohon doakan ya
ABC : Asyik minta orang doakan je, doalah sendiri

Kesannya PC jadi takut untuk minta orang lain doakan PC walaupun PC tahu tidak semua orang begitu dan masih ramai orang yang sangat baik dengan PC. Kecuali mama, babah, en suami dan mertua. Justeru bila ada saudara mara atau kawan-kawan yang sukarela cakap "aku selalu akan doakan kau" itu boleh buat PC sangat bersyukur dan menangis terharu. Fobia woooo. Boleh terbayang lagi macam mana semua orang toleh pandang PC dan ABC. Nak nangis rasanya. Dan betul air mata menghitung detik untuk gugur ketika itu. Tapi tak apalah. Lain orang lain caranya. Lain perangainya. Lain juga pemikirannya.

Bila kita berdoa, untuk diri sendiri jangan lupa untuk yang lain juga. Sebab doa yang baik untuk orang lain inshaAllah malaikat akan mendoakan kebaikkan itu berptaha balik kepada kita juga nanti cuma Allah rahsiakan bila ianya terjadi. Percayalah jangan kedekut  atau berkira untuk mendoakan satu sama lain. kalau kucing kita sakit kita doa minta Allah sembuhkan. kalau pokok bunga kita tak mahu berbunga, pokok buah-buahan kita tak mahu berbuah doakan agar dia mahu berbunga dan berbuah. Minta dengan Allah. Justeru doa juga di anggap salah satu bentuk sedekah senyap yang ada nilai yang tersendiri. Mahal.

Untuk diri sendiri sangat perlu dan untuk yang lain juga jangan dianggap tidak penting.

Sekian.
Tinta PC
Untuk Diri Sendiri Dan Untuk Yang Lain Juga

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

6 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. W'salam PC..
    Sentap hati bila dipukul dengan balasan begitu (sebab kita bukan orang begitu, suka cakap lepas tanpa fikir perasaan orang).. Sis pun sama PC, sis suka mendoakan sesuatu kebaikan kepada org lain bukan sebab tunjuk bagus tetapi dalam masa yang sama mohon kepada Allah supaya kembalikan juga doa yang baik2 itu kepada diri kita juga..

    Sabarlah PC, sesuatu yang pahit itu kadang-kadang mengajar kita supaya lebih berhati-hati..

    BalasPadam
  2. tak pernah jumpa lagi, orang yg menolak utk didoakan...
    atau org yang x nak mendoakan org lain...

    Minta dijauhkan la dengan sifat mcm tu..
    Kita suka orang doakan kita yang baik2..
    maklum la kadang bila ramai2 doa utk kita, mana tau termakbul kan :)

    BalasPadam
  3. Kenapa ya msh ade org sikap sebegitu..
    Xpa pc..boleh minta dgn shida..shida sentiasa doakn utk pc dan kawan2 yg lain.. Amin!

    BalasPadam
  4. alahai. ada lagi org mcm nii yaa. moga dijauhkn laa

    BalasPadam
  5. Macam2 hal pulak dah. Ada jugak eaa yang lagu gini. Susah laa kalau camni .. Nak minta tolong doakan pon berkir aduhai payahhh payah..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama