Walaupun Cuma Seorang Blogger

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

WALAUPUN CUMA SEORANG BLOGGER. Blogger bukan satu kerjaya yang main-main atau boleh dipandang sebelah mata sahaja. Dulu mungkin yalah bila mana  menjadi seorang blogger ni belum terdedah sangan dan tidak menjadi tumpuan oleh mana-mana pihak pun. Cuma berkongsi ikut suka dan selera sahaja. Tapi lama kelamaan semakin banyak pihak memandang blogger dan tahu fungsi yang boleh dimainkan oleh seorang blogger. 

Walaupun Cuma Seorang Blogger
Walaupun Cuma Seorang Blogger

Setiap blogger ada peranan masing-masing. Mungkin tidak pada orang lain tapi bagi PC, setiap blogger itu ada peranan masing-masing, ada aura yang tersendiri dan setiap blogger dan blognya ada kekuatan yang tersendiri. Blogger ya blogger. Berkongsi ya berkongsi. Buat entri ya buat entri namun tetap ada perbezaannya. Sentiasa ada landasan dan acuannya yang tersendiri. Ada keistimewaannya yang tidak boleh disamakan. Ada perbezaan yang jangan dibanding-bandingkan satu dengan yang lain.

Walaupun cuma seorang blogger. Yang terlihat di alam maya. Yang dikenali idea yang dikongsi dan pengalaman yang dicoretkan. Disebaliknya. Apa yang tersirat itu terkadang melebihi daripada apa yang disampaikan dan apa yang diluahkan untuk dikongsikan. PC yakin tersangat banyak yang tersirat berbanding yang tersurat. Bukan mudah menjadi seorang blogger tak kisahlah terkenal dan dikenal atau mungkin biasa-biasa sahaja, blogger tetap blogger. Kalau sudah bersara pun tetap sahaja suatu masa dahulu menjadi seorang blogger. Selagi apa yang dikongsi tidak dihapus selagi itu jejak digital akan tetap dapat mengesannya satu persatu.

Dulu blogger dan idea. Namun sekarang, blogger, idea dan sumber pendapatan. Nampak tak perkembangannya bagaimana. Nampak tak peranan yang boleh blogger mainkan. Besar peranan seorang blogger. Mahu menrik ke mana para pembacanya. Ke ladang pahala dan kebaikkan atau ke lembah gelap yang berbara. Alah blogger je pu. Itu yang awak nampak dah tahu. Namun sekali lagi, tidak mudah menjadi seorang blogger. Tidak mudah! Tetap ada jatuh bangunnya dan tetap ada sepak terajangnya juga. Mengasingkan emosi dan realiti. Memisahakan rasa. Menepis gangguan fikiran. Kerana blogger tidak cuma blogger sahaja yang 24 jam sehari 7 hari seminggu mengadap koputer riba, telefon pintar atau apa sahaja teknologi yang ada. Blogger juga manusia biasa ada peranan dan tanggungjawab masing-masing selain menjadi seorang blogger.

Disebalik seorang blogger itu ada insan yang sering menyokong dan membantu. Ada juga terkadang yang terpaksa dikemudian dan dikorbankan. Sebenarnya blogger adalah salah satu watak kuat dalam alam maya dan dunia teknologi kini.

Sekian
Tinta PC
Walaupun Cuma Seorang Blogger
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

7 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Blogger bukan cuma seorang blogger.. Setiap org ada identiti t'sendiri.. Apapun tujuan b'blog semoga tulisan kita b'manfaat buat diri kita dan org lain.. Semoga d'permudahkan urusan selalu.. Aamiin

    BalasPadam
  2. Sangat setuju dengan segala isi coretan PC ni.
    Apapun, memasuki dunia blogger dan berkawan-kawan dengan sahabat blogger lain, memang sesuatu yang indah bagi saya. Beza dengan menulis di medium lain seperti facebook.

    BalasPadam
  3. Saya hanya la seorang blogger picisan yang berkongsi cerita kehidupan dulu kini dan akan datang, barangkali..

    Sekadar luahan mengikut kata hati..

    BalasPadam
  4. ye betul tu , setuju sangat. Masuk dunia blogger sekadar nak berkongsi cerita. Lama kelamaan jadi side income pula. Alhamdulillah.

    BalasPadam
  5. mungkin sesetngah org ckp blogger itu biasa.. tp bg busyra blogger perlu ada jiwa. baru hidup blog tu.

    BalasPadam
  6. Blogger bukan sembarangan blogger kan kak PC.
    Masing masing ada identiti yang tersendiri.

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah.. Semakin berkembang peranan seorang blogger..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama