Adakah Benar Melihat Jumlah Kes Covid19 Setiap Hari Itu Memberi Kesan

ADAKAH BENAR MELIHAT JUMLAH KES COVID19 SETIAP HARI ITU MEMBERI KESANبِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt. Benarkah begitu. Adakah ianya memberi kesan kepada emosi dan pemikiran kita hingga timbul banyak masalah yang lain pula. Adakah kita cuma perlu buat-buat tidak tahu atau berlagak seperti tiada apa-apa yang sedang terjadi sekarang ini. Atau ini adalah salah satu cara psikologi untuk meredakan kegelisahan atau panik yang dihadapi oleh ramai orang saat ini. Jadi, sebenarnya yang mana satu dan apa yang terbaik. 

Jujur bagi PC sendiri, memang bila setiap hari tengok jumlah kes COVID19 yang dikongsikan  sangat menggerunkan. Memang tidak dapat dinafikan rasa itu ada. Apatah lagi bila angkanya semakin bertambah digitnya. Meningkat dan terus meningkat. Tidak melihat atau tidak memantau itu agak mustahil kerana kita sebagai rakyat harus tahu dan mesti ambil tahu. Awak tidak dibenarkan ke mana-mana. Harus mematuhi SOP sentiasa, disogokkan dengan pelbagai pesanan, nasihat dan mungkin telah ada yang dikenakan denda dan hukuman jugakan, adalah sangat wajar untuk sentiasa ambil tahu apakah kesan dan impak yang bakal kita sebagai rakyat terima semula. Ibaratnya ini solusi yang diberi kamu turuti sebaik-baiknya jadi apakah hasil akhirnya. 

Kalau dengan cara jangan terlalu ambil tahu perkembangan kes semasa dianggap salah satu cara dan langkah positif untuk mengelakkan gangguan mental dan emosi menjadi lebih serius atau berlarutan, ya, PC akui ianya adalah salah satu cara yang baik. Namun begitu, PC juga yakin setiap permaslahan yang timbul ketika ini sebanrnya hadir daripada banyak posisi juga. Dengan tidak terlalu ambil kisah akan jumlah kes setiap hari itu cuma cara ringkas dan sederhana sahaja, sebenarnya ada lagi kesan besar yang boleh menganggu keselesaan kita semua. Banyak sangat. kalau pun kita tidak melihat secara terus sendiri, media sosial sentiasa hampir dengan kita, kalau kitatidak mencari, segala maklumat itu akan datang kepada kita melalui media sosial perkongsian daripada orang lain juga. Jadi adakah kita perlu menutup rapat untuk tidak aktif dengan media sosial juga dalam waktu yang sama.

Sebagaimana rezeki, kalau satu pintu rezeki tertutup, in sya Allah akan ada lagi pintu-pintu rezeki yang lain akan terbuka untuk kita asalkan sentiasa usaha. Begitu juga dengan keadaan sekarang, permasalahan yang mempengaruhi kita itu tidak hanya daripada satu arah. Ada banyak arah juga yang sebenarnya. Adakah benar melihat jumlah kes Covid19 setiap hari itu memberi kesan kepada kita, berbalik pada diri sendiri bagaiamana penerimaannya. Sekian.

Adakah Benar  Melihat Jumlah Kes Covid19 Setiap Hari Itu Memberi Kesan

Tinta Perdu Cinta ❤
Adakah Benar  Melihat Jumlah Kes Covid19 Setiap Hari Itu Memberi Kesan

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

10 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. betul jugak... kadang2 terkesan juga.

    BalasPadam
  2. Saya kalau tengok angka kes kadang kadang rasa terkesan jugak. Rasa macam sia sia je terkurung selama ni tapi kes makin meningkat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan, kak PC pun ada rasa macam tu juga..kita bersungguh ada pihak yang tak bersungguh.

      Padam
  3. SAa akan panic attacked, anxiety tak tentu pasal sebab tu SA elakkan dari membaca berita tentang covid 19 , jumlah kes atau kematian whatsoever. Ntah la..menakutkan perasaan tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. PC jadi serabut juga sebenarnya..kadang boleh jadi marah pun ya juga.

      Padam
  4. dah lama tak ambil tahu tentang angka kovid ni... buat makin stress dan sakit hati.

    BalasPadam
  5. betul PC..mmg terkesan kdg2 terfikir kpe hari2 kes byk dr mana lah dtgnya byk2 tu huhuuu

    BalasPadam
  6. Kak Sue kalau tengok angka kes setiap kalau naik tu rasa geram betul, bila turun sikit lega lah sikit. Penat dah PC duduk rumah.. tapi kes tetap naik.. tapi dalam dua tiga hari nie nampak menurun dah sikit.. alhamdulilah..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama