SEGERA SESUAIKAN DIRI | بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم . Assalammualaikum wbt. Bertoleransi. Bukan cuma dengan persekitaran tapi dengan siapa juga yang ada dipersekitaran kita. Susahkan. Berat juga tu kecuali bagi orang-orang yang mudah mesra dan senang bergaul. Positif dalam bersosial di mana pun dia berada. Sesetengah orang mudah sesuaikan diri. Mudah sangat-sangat. Sekejap je dah boleh mesra dengan orang. Ada orang susah sangat dan perlukan lebih banyak waktu untuknya sesuaikan diri. Lain orang kan lain caranya. Tak gitu.
Tempat baharu. Persekitaran baharu. Perasaan baharu. Semua baharu. Tidak mudah juga sekelip mata nak beradabtasikan. Kita ni bukan boleh diset. Kan manusia. Semuanya perlukan proses juga tak kisahlah proses yang panjang atau singkat sahaja.
Sebenarnya bila berada, pergi atau berpindah ke tempat baharu persekitaran juga memainkan peranan yang sangat penting. Orang-orang yang sedia ada di situ bagaimana penerimaan terhadap kita. Terbuka atau tertutup. Hangat atau dingin. Mesra atau hambar dan tawar. Semua itu memainkan peranan dan menyumbang juga pada rasa penerimaan.
Bagi melancarkan pelbagai urusan, mahu tidak mahu kita kena segera sesuaikan diri. Paling penting jangan sombong walau tidak ramah mana pun. Sederhana ketika berbicara dengan orang baharu. Biasa-biasa dan tidak perlu berlebih-lebihan. Penting juga saling menghormati. Kalau setuju jangan bersungguh sangat. Kalau membantah pun jangan tunjuk keterlaluan. Segera sesuaikan diri bukan mesti diselesaikan dalam masa satu hari. Perlu juga ambil masa untuk mencari dan memberi rentak supaya ukhuwah baharu tersemai, bercambah dan berterusan. In sya Allah. Aamiin.
Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Segera sesuaikan diri
Tags:
Santai
Saya suka persekitaran dan orang baru. Kalau boleh mahu pindah ke tempat di mana tiada siapa kenal dan boleh start dari sifar
BalasPadam