SETELAH SEMUA INI BERAKHIR MULAKAN SEMULA. بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم . Assalammualaikum wbt. Sekuat-kuatnya kita manusia tentu ada masanya rebah juga. baik itu fizikal atau dalaman kita. Kerana PC juga begitu. Terkadang semangat kita kuat tapi bubuh kita sudah sampai hadnya. Terkadang juga fizikal kita ampuh tapi dalaman kita sangat-sangat rapuh. Tapi ada ketikannya baik fizikal atau dalaman kita sama-sama Allah swt berikan satu rasa yang luar biasa. Boleh tak semangat yang kuat dan kental memacu fizikal kita tutrut kuat?. Jawapannya boleh. Atau boleh tak dalaman kita lemah tapi kerana fizikal kita mampu dan masih sangat berdaya makan memacu dalaman turut menjadi bangkit gagah?. Jawapannya juga adalah boleh.
Baiklah. Dalam keadaan sekarang masing-masing sensitif. Masing-masing ada sisi yang boleh dibicarakan dan ada yang jangan sesekali disebut pun. Setiap kita ada masalah masing-masing. Ada tekanan besar dan luka-luka yang semakin parah sukar untuk dirawat juga. Cedera atau luka yang tidak terlihat itu lebih berbahaya dan sukar merawatnya. Percayalah ianya menjadi satu cabaran besar.
Buat masa ini semua terlihat masalah dan beban. Semua boleh jadi negatif dan menyakitkan. Telah banyak jiwa yang terbelenggu dengan rasa sengsara. Akan banyak idea yang bukan-bukan, yang aneh-aneh akan terlintas difikiran. Ya, diketika rapuhnya hati dan fikira manusia, akan ada yang cuba mengisi kekosongan itu untuk menjadi lebih menguasai supaya kita tergelincir.
Sedaya upaya usahakan untuk bertahan. Setelah semua ini berakhir nanti mulakan semula dengan lembaran yang baharu. Bila akan berakhir entah tidak diketahui cuma DIA yang Maha Mengetahui bila semua ini akan berakhir. Tapi PC yakin, in sya Allah ini semua akan berlalu setelah cukup tempohnya. Optomis. Bersangka baik dengan Allah swt. Terus minta.
Memang tidak mudah untuk memulakan semula. Namun tidak mustahil untuk memulakan semula walau mungkin perlahan dan sedikit demi sedikit. Cakap memang mudah. Ya, PC tidak menafikan apa pun itu apa sahaja jugalah bercakap itu memang mudah. mahu melaksanakannya itu yang banyak cabarannya. Ini PC akui kerana PC pun lalui hal yang sama juga.
Allah mahu kita belajar ada banyak cara. Allah mahu beri pengajaran juga pelbagai kaedah. Ketika ini kita semua benar-benar diuji. PC akui rapu juga, goyang juga, berkeluh kesah juga, ada rasa terkilan juga dengan tindakkan orang dan pihak lain. Ada!. Tapi bila difikirkan semual risau juga takut bila begitu begini hujungnya seperti memarahi dan menyalahkan Allah swt walaupun ada juga urusan dan usaha kita semua sebagai manusia.
Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Setelah Semua Ini Berakhir Mulakan Semula
Tags:
Santai
tak tahu nak sangkal kehidupan selepas ini..huhuhuuu
BalasPadamberadaptasi dgn situasi semasa
BalasPadamHidup umpama roda
BalasPadam