بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
CUBA DULU CUBA LAGI TAPI. Cuba dan terus mencuba. Cari dan terus mencari. Itulah usaha sebenarnya. Cuma menggunakan istilah dan intonasi berbeza. Sesuatu itu kadang mudah ditemui. Senang diselesaikan. Cepat dapat diselesaikan. Tidak kurang ada yang memerlukan tempoh waktu yang lama dan berhari-hari. Hujungnya bagaimana kita tak tahu tapi Allah SWT dah ada jawapannya.
Berjaya itu rezeki. Kurang berjaya cuba lagi. Dah cuba tapi buntu, boleh usaha lebih jauh sedikit. Tanya atau minta pandangan pada yang lebih arif. Ada masanya sesuatu itu boleh usahakan sendiri dengan tidak jemu atau bosan mencuba. Tapi dek kerana mampu dan kemahirannya yang cetak kadang kita perlukan bantuan orang lain juga. Ya, jangan menafikan kita tetap sahaja memerlukan bantuan, sokongan dan doa-doa daripada orang lain juga.
Cuba dulu. Kuatkan semangat. Rajinkan diri. Cuba lagi selagi boleh. Mana tahukan ada jalan keluarnya. Terlerai apa yang tersimpul. Lurus mana yang kusut. Teruskan cuba. Cuba untuk menyelesaikan. Sesuatu yang baik cubalah. Jangan bersungguh cuba sesuatu yang tak baik pulak. Diri sendiri yang rugi nanti.
Tapikan kena ingat juga, dalam setiap percubaan yang kita seang dan akan lakukan jangan sisihkan campurtangan Tuhan. Kalau kita berjaya atas usaha dan cubaan serta izin Tuhan. Bukan kerana kita hebat sangat. Bila cuba gagal, bukan juga Tuhan kejam tapi Tuhan mahu kita rasa lebih sabar dan jangan patah semangat.
Sekian.
Tinta Perdu Cinta ❤
Cuba Dulu Cuba Lagi Tapi
Tags:
Santai
Setuju dengan perenggan akhir tu....
BalasPadamSabar dengan setiap langkah yang dilalui moga ada hadiah besar buat kita semua. :)
BalasPadamUsaha doa dan tawakal
BalasPadam