Masih Ada Yang Tidak Mahu Patuhi Arahan

MASIH ADA YANG TIDAK MAHU PATUHI ARAHANبِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt. Betul ke begitu kejadiannya. Masih ada yang tidak mahu patuhi arahan semasa yang diberikan. Betul ke. Sebab apa ya masih ada yang ingkar dengan arahan dan nasihat yang diberikan. Kadang macam tak logik bila orang tidak patuh arahan. Abaikan larangan atau amaran yang diberikan. Geram je tengok. Geram je bila dengarkan. Berapi-api rasa. Tapi, sebelum lebih berapi-api, lebih berasap lagi kena pastikan dululah sebabnya apa. Sebelum nak marah atua hukun atau denda dan sebagainya. Selidik dulu.

Sengaja atau tidak sengaja. Memang tidak tahu atau pura-pura tidak tahu. Ada perbezaannya tu. Jangan semua dibantai sama sahaja. Bahaya. Semua sedia maklum situasi sekarang. Rasanya anak kecil pun sudah mula memahami situsi. Sebab itulah anak kecik pun tidak lagi gelisah bila dipakaikan pelitup muka. Apatah lagi comel-comel saiz dan coraknya. Geram tengok. Hehehe.

Walaupun telah lama situasi berlarutan, tetap masih ada yang macam tidak memahami atau memang tidak mahu memahami situasi. Tidak kisahlah dari sayap mana. Tidak kiralah dibandar atau di desa. Memang tidak semua tapi tetap sahaja masih ada. MASIH ADA. Lebih sedihnya arahan dan maklumat telah disampaikan dengan bahasa dan cara yang mudah difahami serta paling jelas. Angin dan haiwan menjadi agen penyebaran benih tumbuh-tumbuhan. Pendebungaan dan sebagainya. Jangan sampai manusia mejadi agen virus. Virus ni tidak semestinya virus COVID 19 sahaja ya. Batuk, selesema, demam dan sebagainya itu pun ada virusnya.

Tak paksa ni, cuma minta dengan cara paling baik dan sangat sopan lagi tertib, alahai. Kalau sedar diri, diri itu kurang sihat, atau sihat tapi serumah dan telah bertemu dengan orang lain yang kurang sihat, sila pendekkan langkah. Jangan panjang langkah dan luaskan langkah ke mana-mana dululah ya. Sama-samalah prihatin dan sama-sama menjaga.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Masih Ada Yang Tidak Mahu Patuhi Arahan

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. jaga diri baik2 n berhati-hati selalu

    BalasPadam
  2. memang ada PC..tak tahu la nk cakap..
    yang tua..yang muda sama naik jer..huhuu

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama