TIDAK SEMUA PERLU DITUNJUK TIDAK SEMUA MESTI DIMAKLUMKAN MAKA MAKLUMILAH. بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم . Assalammualaikum wbt. Apa yang tidak terlihat pada pandangan mata kita belum tentu tiada. Apa yang tidak terdengar pada pendengaran kita belum tentu tidak terjadi. Begitu juga orang lain, kalau awak, awak dan awak tidak melihat atau mendengar sesuatu yang awak harapkan daripada orang lain jangan beranggapan ianya tiada dan tidak terjadi atau tidak dilakukan ya. Maklumilah.
Tidak semua orang suka berkongsi kisah atau sebarang aktiviti yang dia lakukan kepada umum. kalau mana yang tahu, tahulah. Mana yang tidak tahu maka tidak tahulah. Ada perkara boleh diceritakan. Ada kisah yang boleh diceritakan tapi tidak ada keperluannya. Dan ada juga hal yang memang langsung tidak boleh disebar atau dikongsikan kepada orang lain cukup diri sendiri dengan Allah swt sahaja yang tahu. Mesti bijak mengagihkan dan membezakan. mesti bijak juga sempadankan.
Tidak semua perlu ditunjuk tidak semua mesti dimaklumkan tapi orang lain kena maklumilah sendiri. Maklumi macam mana. Maklumi itu hak orang lain. Maklumi ada perkara yang boleh dan tidak boleh dikongsikan. Maklumi hidup ini sangat perlu ruang sendiri peribadi. Hormti dan jangan mudah menudiang jadi dan membuat kesimpulan yang awak sahaja rasa benarn juga logik.
Kita akan lakukan hal dan biasakan dengan apa yang kita rasa lapang hati dan gembira untuk dilakukan. Sebab PC percaya setiap orang ada cara masing-masing. Ada resepi menjalani rutin kehidupannya yang berbeza-beza satu dengan yang lain. Ada ketika kita boleh ikut orang lain berlari bersama-sama. Ada masanya kita perlu berhenti walaupun orang lain masih lagi terus berlari. Begitu juga sebaliknya, kadang-kadang orang lain boleh ikut kita berlari juga namun sampai hadnya orang yang ikut kita itu pun akan berhenti pada titik dan masa yang dia rasa sangat perlu dan pasti untuk dilakukan.
Maklumilah.
Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Tidak Semua Perlu Ditunjuk Tidak Semua Mesti Dimaklumkan Maka Maklumilah
Tags:
Santai
ya betul
BalasPadambetul tu
BalasPadamada benda yang biar dirahsiakan atau hanya kita sahaja yang tahu :)
Betul tu PC.. Dulu2 zaman muda mudi mmg sejenis semua mende nak share kat socmed... Now ni dh tua2 hahha x koser dh nk share semua mende.. 😅😅
BalasPadamADA MAKLUMAN YG TIDK MAKLUMKONFIUS JA KAN
BalasPadam