Kebaikkan Menangkis Keburukkan

KEBAIKKAN MENANGKIS KEBURUKKAN. بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt. Allahuakbar. Alhamdulillah. Jumaat indah untuk kita semua nikmati. Akhir Jumaat di bulan Julai. Ya hari kedua terakhir di bulan ini. SubhanaAllah. Macam baru semalam masuk bulan Julai. Dah nak habis rupanya. Cepat. Memang cepat. Atau cuma perasaan PC sahaja yang rasa hari dan masa cepat berlalu. PC harap semua berada dalam keadaan baik-baik sahaja di mana pun berada. Dipermudahkan kegiatan juga. Aamiin.
  

Kebaikkan Menangkis Keburukkan
Kebaikkan Menangkis Keburukkan




Perjalanan hidup mesti diteruskan selagi Allah izin kita bernafas. Bernyawa di muka bumiNYA ini. Betapa beruntungnya kita Allah beri kita banyak nikmat. Walau cuma pinjaman sementara. Namun ianya tidak tertanding dengan berapa banyak khilaf padaNYA yang telah kita lakukan. PC apatah lagi. Seperti buih dilautan. Seperti pepasir di pinggir pantai. Banyak sangat-sangat. Tiba-tiba rasa sebak. Rasa kecil sangat. Rasa macam kapas hitam yang berterbangan melayang-layang ditiup angin.

Siapa yang tidak lakukan kesalahan walau kecil. Namun tiada siapa juga yang tidak lakukan kebaikkan. Semua orang ada lakukan kebaikkan sepanjang kehidupannya. PC yakin ada. Manusia tidak sentiasa khilaf. Manusia tidak selalu benar. Daripada situ manusia akan belajar dan ambil tahu. Timbangan mana yang lebih memberat itu bukan urusan kita untuk meneka-neka apatah lagi timbangan orang lain. Nanti semua akan tahu. Bila tiba waktunya kelak.

paling penting, dalam pada santai, dalam waktu sakan bergembira, ketika bersenang-senang dan menikmati apa yang dimiliki, jangan lupa lakukan dan selitkan kebaikkan kerana kebaikkan mengkis keburukkan. Kebaikkan mana yang Allah terima kita tidak tahu dan keburukkan mana yang Allah ampuni pun kita tidak tahu. Tapi dengan kebaikkan itu buat manusia sedar bahawa menjadi satu yang sia-sia setelah berbuat kebaikkan kemudian dicemari dengan keburukkan kecuali lakukan kebaikkan tidak dari hati. Tapi sayanglah, rugi, dah alang-alang pasakkan dalam hati mahu buat kebaikkan macam esok akan mati.

Sekian
Tinta PC ❤
Kebaikkan Menangkis Keburukkan
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Assalamualaikum salam jumaat PC <3

    BalasPadam
  2. Hendaklah kita sentiasa membuat kebaikan. Aamiin....

    BalasPadam
  3. salam jumaat PC...
    hari jumaat elok kita bersedekah juga eehhee

    BalasPadam
  4. di waktu-waktu sekarang ni PC, kak ana lebih memilih untuk diam dan menikmati hari demi hari yang hadir dengan mencari ketenangan.. mudah-mudahan setiap detik waktu kita di isi dengan kebaikan di sisiNya.. aamiin

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama