Lakukan Ketika Malas Itu Hebat

LAKUKAN KETIKA MALAS ITU HEBATبِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt. Malasnya la. Rasa malas ni bukan dibuat-buat. Bila rasa malas datang memang tak boleh bawa bincang. Nak lawan kena betul-betul lawan dengan semangat itu pun selalu tewas. Terbabas juga. Penangan rasa malas ni boleh bawa kerugian dan kebinasaan. 

Bila ada rasa malas tapi tetap boleh bangkit dan terus melakukan seperti apa yang harus dilakukan  itu hebat dan positif sangat-sangat. Ada rasa malas itu manusiawi kerana badan kita juga pandai letih dan minta rehat juga. Memang patutlah. Namun begitu bila rasa malas itu berlanjutan dan keterlaluan itu berbahaya dan ada yang tidak kena.

Bagi PC,  bila sesiapapun boleh lakukan apa pun dalam keadaan malas menguasai diri dia hebat. Terutama ketika beribadah. Ada rasa malas nak solat tapi paksa diri tunai dan dirikan solat itu hebat. Malas nak pergi majlis ilmu atau undangan tapi dalam keadaan malas pergi juga itu pun hebat juga. Malas disebabkan tubuh yang letih. Malas kerana hasutan dan bisikan. Bila sesiapa sahaja boleh menembusi gelombang ini dengan syarat ianya bertujuan baik kerana Allah SWT, maka hebatlah semangatnya. Namun walaupun mungkin malas ini satu rasa yang condongnya kepada aura negatif, tetap sahaja ada sudut positifnya. Aamiin. Selamat berhujung minggu semua sahabat blogger.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Lakukan Ketika Malas Itu Hebat
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Kalau malas shopink boleh menjimatkan

    BalasPadam
  2. kagum juga org yg sebegitu PC hehee..
    wak..shopping xmalas..rajin hahahaa ^_^

    BalasPadam
  3. Kak Sue pun ada juga datang serangan malas nie.. layankan kejap. Nanti bila dah hilang malas tu memang sakan lah pulak merajinkan diri.. hehehe..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama