Memang Sekadar Pinjaman Tetapi Ada Amanah Dan Tanggungjawab Di Dalamnya

MEMANG SEKADAR PINJAMAN TETAPI ADA AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB DI DALAMNYAبِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt. Walau sukar untuk diterima hati dan fikiran, tetapi beginilah hakikat hidup. Apa sahaja yang ada pada kita. Apa sahaja disekeliling kita, memang sekadar pinjaman tetapi ada amanah dan tanggungjawab di dalamnya. Tiada yang kekal di dunia ini. Tiada yang menjadi milik hakiki. Semua sementara. Semua pinjaman. Semua ujian. Sepanjang hayat.

Gembira apa yang diusahakan berjaya. Apa yang dilakukan menjadi. Siapa yang tidak suka setiap keringat dan modal yang dilaburkan apa pun itu membuahkan hasil sebagaimana yang didambakan. PC sendiri pun rasa begitu. Gembira, bahagia dan bersyukur bila apa sahaja yang diimpikan menjadi. Tidak kiralah besar atau kecil, sepenuhnya atau sekadar sebahagian kecil sahaja yang terlaksana. Nikmatnya luar biasa.

Namun, terkadang yang manusia sering terlupa adalah sekeras apa pun usaha atau ikhtiar yang telah dilakukan, tetap sahaja semua itu dengan atas izin dan kemahuan Tuhan untuk memberi dan meminjamkan. Diberi untuk membuktikan kekuasaanNYA. Berserta setiap pinjaman dalam nikmat itu ada ujian, ada amanah dan tanggungjawab bersertanya. Rasa bangga JANGAN MELEBIHI RASA BERSYUKUR kerana bila rasa bangga keterlaluan takut mengheret kita menjadi manusia yang lupa diri dan kufur nikmat. Minta dijauhkan. Aamiin.

Memang semua pun pinjaman. Sementara sahaja pada kita. Walaupun sementara tetap sahaja ianya satu amanah. Satu tanggungjawab. Tidak boleh main-main. Tidak seharusnya juga sambil lewa sahaja. Ini merangkumi semua hal. Semua perkara dan urusan baik apa pun itu. kalau ada harta benda, ada tumbuhan, ada haiwan ternakan dan peliharaan, semua sekali walau pinjaman tetap itu amanah yang Tuhan beri kepada kita untuk urus dengan baik dan dengan rasa tanggungjawab juga. Di dunia kita tanggung di akhirat kita kena jawab kalau di dunia tanggungnya main-main. Hati-hati ya.

Memang Sekadar Pinjaman Tetapi Ada Amanah Dan Tanggungjawab Di Dalamnya
Gambar Hiasan

Jangan mentang-mentang pinjaman, boleh buat sesuka hati. nanti bila apa yang Tuhan sudah pinjamkan, diambil semula kita sendiri juga yang akan berasa sedih dan terkilan. Justeru itu apa sahaja yang telah, sedang dan akan Allah swt pinjamkan kekpada kita, jaga elok-elok. Hargai, sayangi, hormati dan jangan lupa serta jtidak boleh berhenti untuk terus bersyukur. Sekian.

Tinta Perdu Cinta ❤
Memang Sekadar Pinjaman Tetapi Ada Amanah Dan Tanggungjawab Di Dalamnya


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Betul PC, kalau selalu bersyukur, tak kita pinjaman atau hak milik, kita akan rasa hidup tenang-tenang aja.. tapi kalau jenis meminjam tapi tak reti bersyukur.. memang tak sedar diri namanya tu

    BalasPadam
  2. Salam, mentang2 pinjaman, sambil lewa, amanah ke atas rezeki, (pinjaman) patut disyukuri dan dijaga sebaik mungkin. Wallahualam..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama