SANGAT MENCABAR BILA DIHIDANGKAN DENGAN MENU BODO-BODO. بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم . Assalammualaikum wbt. Berhati-hati bertemu dengan orang yang kita tahu dia bijak tapi lagaknya 'bodo-bodo' sahaja. Lebih bahaya kalau kita tidak tahu orang itu pintar kerana diselindungi dengan bawaannya yang cukup 'bodo-bodo' juga. Lebih parah dan bahaya dan sangat-sangat mencabar bila dihidangkan dengan menu 'bodo-bodo'.
Sederhana. Ringkas. Biasa-biasa. 'Bodo-bodo'. Lain orang lain kata yang dipilih untuk menampakkan 'bodo-bodo walhal membawa ke arah pengertian yang sama sahaja. Ada orang faham apa yang dimaksudkan 'bodo-bodo', tidak kurang juga yang kurang dan tidak faham hingga melencong ke arah yang lain pula. Lebih sedih sebenarnya faham tapi buat-buattidak faham. Itu pun bahaya juga.
Suka makan itulah PC. Walau tidak semua makanan boleh PC makan, tapi PC memang suka makan. Dalam pada suka makan ada sesetengah menu yang PC takuti dan rasa sangat mencabar untuk menolaknya. Serius. Ada makanan atau menu sangat-sangat mudah PC tolak dan tidak berasa terkilan pun, tetapi bila dihidangkan atau ada menu 'bodo-bodo' ni tadi, rasanya berat hati jugalah PC nak menolaknya. Mencabar oii.
Ada masa tekak dan perut rasa jemu dan bosan dengan menu yang berat-berat dan sarat dengan rempah ratus. Tekak dan perut sesekali inginkan menu yang sangat ringkas dan membuka selera. Sebab itulah menu 'bodo-bodo' menjadi solusinya layan tekak untuk mengisi perut.
Nasi panas. Telur mata dihiriskan bawang dengan cili. Kicap.
Nasi panas. Sambal belacan. Petai. Ikan bakar dengan sambal asam.
Nasi panas. Ikan masin sepat. Sayur petola masak air/bening. Sambal tumbuk.
Nasi panas. Jantung pisang rebus dengan sambal asam. Ikan pekasam.
Sambil menaip ni sambil telan air liur. Terliur sendiri pulaknya. Ya Allah. Mungkin ada orang tidak gemar dan tidak boleh tekaknya menerima menu 'bodo-bodo'. Tidak mengapa. Tidak salah pun kerana setiap orangkan ada selera masing-masing. Tidak menjadi masalah pun, asalkan bila awak tidak boleh menerima dalam masa sama awak tidak mencaci, sama juga bagi orang yang suka menu 'bodo-bodo', tidak mengat-ngata prang lain yang suka makan menu atau juadah dan hidangan yang lebih berat.
Pendapat PC, selera dan keinginan tekak sangat sukar dijangka dan ditegah. Kecuali memang ada niat mahu berdiet tegar dan sangat berdisiplin. Mahu menolak sebarang menu yang ada sangat memerlukan semangat yang kuat dan jiwa yang kental. Manakala PC selalu tewas dengan menu 'bodo-bodo'.
Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Sangat Mencabar Bila Dihidangkan Dengan Menu Bodo-bodo
Tags:
Santai
Adeh, kita pun telan ailio baca menu bodo2 dia 😜
BalasPadamAlaamkk menu bodo2 dia ada petai laaa... Ok kita tgk aje org makan.. Tp sndri nk makan mmg x la hehehe.. Tp part sambal belacan tu perghh terus naikkan nafsu makan gak tu
BalasPadammenu bodo2 mudah n ringkas disediakan tapi sedap
BalasPadam