بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
PENCIPTA DAN JALAN PULANG. MasyaAllah. Hari kedua dibulan Julai. Jumaat yang pertama.Syukur sangat-sangat. Terima kasih Allah. Moga kita semua berada dalam kasih sayangNYA sentiasa tidak kiralah di mana pun berada. Aamiin.
Siapa kita yang tidak melakukan silap. Siapa kita yang tiada dosa. Siapa kita yang terpelihara dari berbuat sesuatu yang tidak baik. Dan PC bukan sesiapa. Cuma hidup atas izinNYA sahaja. Atas mahuNYA sahaja. Atas belas ikhsan daripadaNYA semata-mata. Kecil sangat. Kerdil sangat.
|
Pencipta Dan Jalan Pulang
Tuhan cipta kita bukan suka-suka. Pasti bersebab dan tentu sekali ada yang DIA mahu kita lakukan. Laksanakan sebaik-baiknya. Dalam pada itu terkadang kerana tidak sempurnanya kita maka akan banyak perkara yang kita lakukan. Yang PC buat terutama kesalahan-kesalan dan mengingkari sana sini. Mungkin sekali, mungkin berkali-kali. Ada yang diulang-ulang juga kesilapannya yang dilakukan. Ya Allah.
Allah SWT selalu dan sentiasa baik dengan kita semua. HambaNYA lagha, hambaNYA ingkar, hambaNYA zalim tetap sahaja banyak nikmat yang diberi dan kita kecapi setiap hari sepanjang hayat yang ada. Bersyukurlah kalau bila buat salah cepat berasa sedar kemudian berubah dan bertaubat. Itu bererti Tuhan tidak mahu kita menzalimi diri sendiri lebih parah lagi.
Daripada segenap apa pun yang kita buat, jangan pernah berhenti berdoa minta supaya dalam situasi dan apa pun bentuknya agar selalu ingat kepadaNYA sebagai PENCIPTA dan jangan lupakan kita untuk kembali dan menemui jalan pulang. Jangan sampai kita mati ketika dalam kesesatan dan kemungkaran. Nauzubillah.
Sekian Tinta PC Pencipta Dan Jalan Pulang |
Salam Jumaat mulia..dh masuk july ya
BalasPadamtakutnya bila memikirkan saat dipanggil pulang oleh Nya...
BalasPadamterima kasih PC atas ingatan
BalasPadamSalam Jumaat PC :)
BalasPadamSalam Jumaat PC! terima kasih atas peringatan ini :)
BalasPadam