REDA DAN KEMUDIAN PASRAH | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum wbt. Biasa sangat dengar orang ungkap ''aku reda'', ''aku pasrah''. ''Kau kena reda'', ''kau mesti pasrah''. Persamaan antara kedua-dua situasi ini antara reda dan pasrah adalah hujungnya mesti sandarkan dan serahkan kepada Allah swt yang Maha pengasih lagi Maha Pemurah. Allahu.
Ada ketika kita reda tapi tidak pasrah. Tidak kurang juga terus pasrah sebelum reda yang sepatutnya terlebih dahulu kita aplikasikan dalam kehidupan seharian kita. Kita manusia yang tidak terlepas daripada khilaf di mana-mana. Tidak mengapalah, bila sudah tahu dan sedar itu sedikit kurang tepat, kita boleh cepat-cepat perbaiki.
REDA
bersedia dengan ikhlas hati, rela-merelai, reda-meredai
PASRAH
menyerah
Bersedia dengan ikhlas hati untuk menyerah kepadaNYA dalam apa pun itu situasi dan tindakan serta bagaimana nanti akhirnya. Mahu reda, bukan hari ini cakap hari ini boleh terus didik hati untuk menjadi reda. Walaupun mulut cakap reda. Itu mulut. Sebaliknya hati kita ini. Terkadang memerlukan waktu yang panjang untuk benar-benar reda. Berbanding pasrah, sebaliknya pula, kita lebih mudah pasrah, kerana menyerah itu sangat mudah dilakukan.
Namun begitu percayalah, bila hati benar-benar reda dan kemudian pasrah ianya seperti membuka banyak pintu dan jendela serta jalan-jalan yang tidak pernah terfikir oleh kita pun. In sya Allah.
NOTA PC : bersangka baik tapi tetap juga kena usaha..
Tags:
Santai
Reda dan pasrah dua benda yg mudah diungkap tapi susah nak dibuat
BalasPadam