Mama Babah Selesai Terima Dos Pertama Vaksin

MAMA BABAH SELESAI TERIMA DOS PERTAMA VAKSINبِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt. Alhamdulillah. Syukur. Terima kasih Allah. PC selalu pesan pada mama dengan babah, anggap ini semua usaha. Niat dan sandarkan semuanya kerana dan kepada Allah swt. Walaupun dah cucuk vaksin tetap juga sentiasa berhati-hati dan berjaga-jaga. Sentiasa. Bukan kerana COVID19 sahaja. Andai nanti pada suatu masa yang telah ditetapkan segala virus COVID19 ini telah Allah swt bersihkan daripada muka bumi ini, tetap sahaja ada penyakit lain juga disekitar kita. Pada tubuh kita juga.

Alhamdulillah mama babah ceria, gembira. Lebih gembira bila dapat tarikh dan tempat terima vaksin yang sama. Pergi sama-sama, vaksin sama-sama. Balik sama-sama. Mama babah nak pergi berdua tapi ada yang pesan kena pergi bersama-sama waris makanya adik sepupu PC yang pergi hantar mama dan babah. Kalau tak dek kerana banyak kedai tidak boleh buka tentu dah singgah kedai cendol mereka bertiga ni. Hehehehe. Nyendol sama-sama. Anaknya juga yang masih tunggu giliran. Tak apalah, bila dengar mama babah dah selesai dos pertama pun dah bahagia sangat-sangat. 

''Lama lagi ya dapat cucuk kedua''. Eh mama, soalan. PC yang call ni pun geli hati pulak. Sayup-sayup dengar suara babah dari belakang jawab ''kan 26 Julai nanti baharu pergi cucuk lagi''. Lama lagi. Hahahaha. Setakat masa ini semua baik-baik sahaja. Cuma lengan yang di cucuk tu terasa sengal sedikit sahaja. Tiada kesan lain. Syukur sangat-sangat.

Tiada nikmat yang mampu kita dustakan. Tidak cepat. Tidak lambat. Seperti yang Allah swt mahu dan aturkan, cuma kadang kita yang berasa cepat dan lambat. Sedangkan bagi Allah swt semuanya sudah tersangat rapi dan sangat terbaik untuk kita hambanya. Semoga akan datang, semua yang baik-baik sekarang akan bertambah dan lebih baik lagi. Aamiin.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Mama Babah Selesai Terima Dos Pertama Vaksin

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

6 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. PC, cuba daftar semula vaksin ni,
    cousin kita dafatr semula, esok nya terus dapat tarikh.. cuba la!!

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah..semoga keduanya dilindungi allah s.w.t

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah, semoga dipermudahkan segala urusan lepas ni :)

    BalasPadam
  4. alhamdulillah... dengar orang tua dah selesai pun rasa lega...saya pun belum lagi ni, tunggu aje la...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama