Senyap-senyap Tapi Istiqamah

SENYAP-SENYAP TAPI ISTIQAMAHبِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt. Ketaatan menjalani suatu suruhan secara terus-menerus (termasuk urusan agama). Itulah erti istiqamah sebagaimana yang tercatat dalam kamus dewan. Namun kita sebagai manusia biasa yang terkadang ada keuzuran atau berhalangan tentu sekali tidak dapat mengelak daripada tidak melakukan sesuatu itu dengan berterusan atau istiqamah. PC juga tidak terkecuali dalam hal ini. Ada masa-masanya terhenti juga. Ada saat-saatnya terbuai juga dengan dunia yang mencabar ini. Allahu.

Senyap-senyap Tapi Istiqamah
Gambar Hiasan

Pada landasan dan niat yang betul serta kebaikkan, teruskanlah. Istiqamah sentiasa selagi boleh. Tidak dinafikan juga tentu sahaja akan ada bisikan-bisikan halus di kanan dan kiri. Hasutan-hasutan keras daripada dalam hati. Termasuk juga akal yang sentiasa berusaha sedaya upaya mencari helah itu dan ini. Ya, kita manusia biasa kerana sedari zaman nabi Adam dan isternya hawa pun, telah ada yang memusuhi mereka berdua. Menghasut hingga mereka terhasut dan mengundang murka Allah swt. Apatah lagi zaman sekarang. Akhir zaman. Rapuhnya iman. Tipisnya takwa.

Lebih banyak diwarwarkan dan dibicarakan kadangkala lebih besar potensi untuk kita tidak bersungguh melakukan. Adalah lebih dan sangat-sangat baik, kita senyap-senyap tapi istiqamah lakukan kebaikkan kepada sesama insan dan sesama makhluk apatah lagi dalam beribadah. Fokus. Tidak mengapa sedikit -sedikit tapi berterusan daripada tidak melakukan langsung. Lebih rugikan kalau macam tu. Kalau awak buat istiqamah tapi ada rasa bangga diri pun sama juga berada dalam kerugian juga.

Jadi, jangan marah orang atau perli-perli orang lain kalau kita tidak nampak dia bersedekah, membaca Al Quran dan lakuakn perkara baik lainnya, kerana kita tidak peprnah tahu boleh jadi dia lebih baik, lebih istiqamah dalam lakukan hal kebaikan dan beribadah berbanding dengan diri kita. Jangan banding-bandingkan. Jangan sisihkan orang lain. Jangan aibkan orang lain juga gara-gara kita tidak melihat dia buat sebarang kebaikkan. Boleh jadi sepertiga malam kita lena tidur dia bangun, habiskan waktunya beribadah mendekati Allah swt. Bantal kita basah dengan peluh dan air liur basi, tapi wajah dan sejadahnya basah dengan air mata penyesalan dan taubat nasuha. Kita tidak pernah tahu itu semua.

ADA ORANG LEBIH SELESA DAN LEBIH TENANG SENYAP-SENYAP TAPI ISTIQAMAH LAKUKAN SESUATU KEBAIKKAN DAN IBADAH. Mungkin dirinya tidak dikenali di dunia tapi sangat didambakan penghuni di langit. Tidak siapa yang tahukan. Sekian.

Tinta Perdu Cinta ❤
Senyap-senyap Tapi Istiqamah

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. betul tu. siapalah kita hendak menghukum sesorang itu.

    BalasPadam
  2. setuju. kita tidak boleh judge luaran seseorang saja.

    BalasPadam
  3. semoga kita smua jauh dari perasaan amarah..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama