SESEKALI TIDAK MENGAPA KEHENDAK DIDAHULUKAN. بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم .Assalammualaikum wbt. Antara keperluan dan kehendak sudah tentu keperluan perlu terlebih dahulu dipenuhi. Ianya menjadi satu tuntutan untuk kehidupan diteruskan. Untuk siapa pun. Terpakai kepada sesiapa sahaja dan sifirnya begitu. Ditambah dengan situasi sekarang. Kadang keperluan pun tidak landar untuk dipenuhi dan mungkin sekadar ada sahaja apa adanya apatah lagi dengan kehendak. Justeru jangan terus menolak inisiatif bendera putih boleh dikibarkan dengan syarat berada dalam situasi yang benar-benar memerlukan.
Mampu dan kecukupan. Itu yang akan Tuhan beri dan tetapkan. Baik dengan usaha sendiri atau dengan bantuan daripada orang lain yang menjadi perantara juga sebenarnya. Mungkin ada yang masih sangat mampu dan sangat berkecukupan disaat ini walaupun sedang berada dalam pendemik yang tidak tahu bila akan berkesudahan. Tidak kurang juga ada yang memang sangat-sangat tersepit dan terheret dengan situasi sekarang. Ingat, rezeki dan bahagian setiap kita tidak sama. Hargai. Hormati.
Mungkin ada yang berdamai dengan diri sendiri mengikut situasi. perlu begini makan beginilah. Tapi ada juga yang tidak hanyut dan tidak mempu dipengaruhi dengan situasi terkini atau semasa, terus dengan gaya hidup yang dijalani seperti sebelum-sebelum ini. Ketika ada yang merintih tidak mampu mencukupkan keperluan, ada yang masih tersenyum memenuhi kehendak. Bersyukurlah.
Sekadar mana pun mampu dan mahunya kita mendahulukan kehendak, cuba ajar diri cukup cuma sesekali sahaja walaupun sangat mampu. Ya itu hak awak, ya itu hasil usaha awak, ya itu harta awak, duit awak, dan ya ikut suka hati awaklah. Tapi cuba perlahan-lahan untuk cukup sekadar sesekali kehendak didahulukan sebagi ganjaran dan penghargaan kepada diri sendiri dan orang lain.
Terkadang apa yang akan terjadi akan datang tidak dapat kita jangkakan. Kita tak pernah terfikir dan terbayang pun tahun 2020 virus COVID19 akan menyerang kita sehingga bertahun lamanya dan berlarutan. Apa yang dulu kita bayang dan hebohkan adalah wawasan 2020 *PC pun masih berada di sekolah menengah* dengan segenap kemajuan yang mengagumkan rakyaknya dan seluruh dunia. Namun takdir Allah swt berkata lain dan sebaliknya. Satu persatu goyah dan mula longgar.
Mungkin ini teguran Allah swt. Ini amaran. Tidak mustahil ini satu titik permulaan.
Sekian
Tinta perdu Cinta ❤
Sesekali Tidak Mengapa Kehendak Didahulukan
Tags:
Santai
kita tidak dpt menduga apa yg akan berlaku kpd kita keesokannya walau kita kononnya sgt bersedia
BalasPadam