Setelah Pandemik Covid 19 Berakhir

SETELAH PANDEMIK COVID 19 BERAKHIR. بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم .Assalammualaikum wbt. Semua orang sedia maklum. Semua orang merasakan satu tamparan yang sangat besar dan hebat. Segenap sudut bagai diasak tanpa henti dan tidak terduga. Buka cuma kita rakyat Malaysia khususnya, malahan boleh dikatakan sebahagian negara-negara besar lainnya juga turut sama menghadapi situasi pandemik Covid 19 ini. Cuma apa yang membezakan adalah ada negara sudah semakin pulih dan kembali kepada keadaan sediakala, ada yang masih lagi dalam pemulihan dan, yang paling menyedihkan adalah masih ada negara yang bergelut untuk bangkit dan berusaha memutuskan rantaian Covid 19 ini. 

Kita semua masih belum bebas. Kita semua masih berada dalam situasi bimbang dan mesti berjaga-jaga. Kita jaga diri sendiri. Kita kena juga cakna dan ada rasa empati dengan orang sekeliling. Tidak boleh mementingkan diri sendiri walau mungkin itu adalah hak kita iaitu melakukan apa yang kita mahu dan kita suka. Tapi percayalah tidak sama sekali untuk detik ini dalam situasi sekarang ini. Harap maklum. Fikiran letih. Perasaan letih dan tertekan. Segala-galanya terbatas. Kehidupan dinorma baharu ini tidak sedikit memakan korban. Baik para pejuang di barisan hadapan, ahli keluarga, saudara-mara, sahabat-sahabat kita. Telah ramai yang terkorban. Ya memang ajal sudah ditetapkan dan sudah memang janji daripadaNYA, Covid 19 menjadi salah satu daripada banyak sebab kematian terjadi dalam kalangan kita. Seagama atau tidak seagama. Sebangsa atau tidak sebangsa. Bila mendengar dan mengetahui khabar kematian setiap hari yang kian meningkat, hati menjadi berdebar-debar. Sayu. Pilu. Takut.

Dua tahun bukan satu jangka dan tempoh waktu yang pendek. Boleh jadi ada anak yang lahir seiring bermulanya panemik ini bererti sudah berusia dua tahun lebih  usianya. Walau mungkin dia belum mengerti apa-apa sehingga detik ini kerana sudah terbiasa dengan situasi mencengkam ini, namun bagaimana psikologi ibu bapanya. Ya, psikologi kita semakin hari kian parah tercedera. Mental dan emosi kita sentiasa tercabar dengan situasi sekarang. Tidak ada sesiapa yang terlepas waktu ini. Semua kita berada dalam situasi yang sama, apa yang membezakannya adalah tahap kemampuan individu dan keluarga masing-masing  berjuang untuk meneruskan hidup. Ekonomi dan sumber kewangan atau pendapatan setiap individu dan isi rumah adalah berbeza-beza.

Sana sini membicarakan situasi tekanan hidup. Sungguh. Walau terkadang sesak dipendengaran dan menjadi beban fikiran, tetapi inilah hakikat yang mesti ditempuhi semua orang. Setiap hari kita berdoa. Setiap hari kita berharap. Bukan berharap yang bukan-bukan melainkan berharap agar situasi sebegini segera berlalu pergi. Semua kembali kepada keadaan asal sebagaimana sebelum pandemik Covid 19 melanda negara kita. PC sendiri berharap sangat-sangat negara kita menjadi lebih baik dalam segenap sudut dan sektor. Sebut apa sahaja sektor, semuanya mengalami kejatuhan yang sangat-sangat teruk dan terburuk. Sektor perniagaan, industri pertanian, industri perkhimatan dan tidak kurang industri pelancongan apatah lagi sangat terganggu dan terkesan serta menemui satu titik menyedihkan. Allahu. Telah ramai yang diberhentikan kerja. Hilang pekerjaan. Bila tiada pekerjaan tetap atau tiada langsung pekerjaan bererti terganggu sumber pendapatan. Bila sumber pendapatan terputus atau kian menipis akan terganggu juga institusi kekeluargaan. Garisan graf semakin menjunam bukan menaik.

Jangan putus asa bersangka baik dengan Allah swt. Percayalah semua ini akan berakhir. Akan berlalu pergi juga nanti. Setelah pandemik Covid 19 berakhir ke mana mahu kita tuju atau pergi. PC percaya, sekarang ini sebilangan besar daripada kita sudah menanam azam dan niat untuk melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama ahli keluarga sebaik yang mungkin. Mahu menebus seberapa banyak waktu yang tidak dapat diluangkan bersama-sama ahli keluarga. Membalas dendam rasa yang terpendam. Pulang ke kampung bertemu ibu bapa dan saudara mara. Pergi berjalan-jalan ke tempat-tempat yang biasa dikunjungi. Allahu. Tidak mustahil akan ada ramai yang menunaikan ibadah umrah dan ibadah haji sebagaimana tahun-tahun sebelum pandemik Covid 19 bermula. Tentu juga akan ramai yang pergi melancong ke luar negara. Setelah sekian lama terperap di rumah tidak bebas beraktiviti dan bersosial dalam keadaan yang sihat dan positif, tentu sahaja bila sahaja semua ini berlalu masing-masing mencari destinasi terbaik untuk mencari udara dan suasana baharu yang lebih segar. Mencari terapi. tanpa perlu memakai hand sanitizer dan face mask.

Setelah Pandemik Covid 19 Berakhir

Pullman Kuala Lumpur City Centre Hotel & Residences

Mahu beriadah atau bercuti tidak semesti perlu ke tempat yang mewah-mewah atau mahal-mahal. Sementara waktu tidak semestinya juga perlu tebang hingga ke luar negara. Tapi tidak bermasalah juga bagi yang berkemampuan untuk pergi melancong ke luar negara. Silakan sahaja. Tidak semestinya juga perlu menanggung kos yang besar dan tinggi untuk menikmati kemudahan atau keselesaan ketika dan untuk staycation. Ada banyak juga hotel yang sesuai untuk dikunjungi oleh keluarga kecil atau keluarga besar termasuklah bagi keluarga yang memang mempunyai anak-anak kecil. Terapi untuk ibu bapa sekaligus terapi untuk anak-anak kecil juga dalam masa yang sama. Sama-sama gembira. Sama-sama kembalikan semangat baharu yang lebih positif ketika staycation. 

Sedia maklum. Bukan mudah untuk bangkit semula lebih-lebih lagi mahu memulihkan ekonomi sendiri untuk menampung keperluan keluarga. Faham sangat-sangat. Justeru itu beriadah atau staycation ini adalah menjadi salah satu solusi bagi yang mahu, mampu dan sedang mencari lokasi bersuasana baharu dan lain. Lazim menjadi isu adalah kos yang mesti dikeluarkan atau ditanggungkan. PC faham kerana PC pun bukan daripada golongan ada-ada. Tidak. Serba serbi sederhana sahaja. Alhamdulillah. Justeru itu untuk merealisasikan niat untuk bercuti atau memilih staycation, perkara utama adalah cari tempat yang berhampiran. Tidak memerlukan jam perjalanan atau tempoh masa perjalanan yang lama atau panjang lebih-lebih lagi bila bawa anak kecil dan ibu bapa, maka boleh la tuju ke  Staycation KL bagi yang tinggal di negeri Perak, Selangor, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor. Habis tu negeri lain tidak boleh staycation di Kuala Lumpur ke?. Mengapa tidak. Sangat-sangat dialu-alukan. Lagi bagus kita sama-sama pulihkan industri pelancongan dalam negara dan tempatan terlebih dahulu, kemudian baharulah ke luar negara. Kalau ada pelancong asing yang ramai mahu staycation di Kuala Lumpur itu lagilah besar nikmat untuk negara. Tak gitu.

Setelah Pandemik Covid 19 Berakhir
Swiss-Garden Hotel Melaka

Bila situasi sudah pulih, PC tuju kampung dahululah sebelum pergi ke mana-mana. Bersyukurnya daerah Batu Pahat berada diposisi atau kedudukan yang dekat dengan Kuala Lumpur dan Melaka juga selain berhampiran dengan negeri Sembilan dan bandar Baharu Johor. Justeru itu selain staycation ke Kuala Lumpur, PC juga boleh staycation di mana-mana Hotel Melaka. Sebenarnya memang sudah ada dalam perancangan mahu jalan-jalan ke melaka bersama keluarga dan mahu menginap. Paling tidak kurang dua jam sudah boleh sampai ke destinasi. Aamiin. Ya Allah. Nikmatnya. Tidak semestinya orang luar sahaja boleh staycation atau menginap di mana-mana hotel di negeri lain, tidak salah juga kalau orang disekitar Kuala Lumpur atau Melaka itu sendiri mahu menginap semalam dua untuk mendapatkan mood yang lain. Tidak salah juga kalau mahu 'me time' sesekali.

Bersyukur sebenarnya di negara kita tidak kurang tempat pelancongan yang terbaik dan berkualiti. Banyak juga hotel-hotel hebat bertaraf lima bintang yang boleh kita pilih dan staycation juga. Ada yang sesuai untuk sekadar datang bersama pasangan halal masing-masing sahaja. Ada juga tempat staycation yang sangat sesuai dan berbaloi untuk bawa seisi keluarga. Jangan risau. Semuanya ada dan disediakan mengikut mampu dan mahunya kita. Berbalik kepada citarasa diri masing-masing mahu pilih yang mana dan dimana dengan kadar kemampuan seperti apa. Apa yang paling penting adalah sama-sama berdoa agar situasi kembali pulih dahulu. Benar-benar pulih. Sekian.

Tinta Perdu Cinta

Setelah Pandemik Covid 19 Berakhir







PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Sama sama doakan Malaysia bebas dari covid19 buat selamanya biar boleh kembali seperti dulu. Aamiin aamiin ya rabbal alamin :)

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama