Sudah Semakin Kerap Hujan Turun

SUDAH SEMAKIN KERAP HUJAN TURUNبِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt. Sebelum-sebelum ini memang panas terik waktu siang. Bahangnya bawa sampai ke malam. Berpeluhnya pun sentiasa juga. Dua tiga hari ini alhamdulillah sudah semakin kerap hujan turun. Siang malam. Ya Allah, baik panas atau hujan syukur sangat-sangat. Kedua-duanya tetap sahaja nikmat dan kedua-duanya keadaan yang diperlukan untuk menyeimbangi alam ini. Allahu.

Sudah semakin kerap hujan turun maka semakin ramai yang mula bersedia untuk tidak lebih kerap berada di luar rumah lebih-lebih lagi bagi mereka yang kurang sihat. Dalam keadaan sekarang, banyak perkara sukar dijangka juga. Awal pagi peniaga tepi-tepi jalan boleh membuka kedai dan gerai mereka dalam waktu yang singkat sahaja. Waktu malam juga begitu. Nelayan pun ementara waktu tidak boleh turun ke laut.

Kes covid 19 masih lagi diparas yang membimbangkan. Sangat membimbangkan. Selagi masih empat digit angkanya selagi itu tidak boleh memandang remeh dalam semua perkara yang mahu kita lakukan. Jika sebelum ini kibarkan bendera putih jika memerlukan bantuan daripada orang lain, sekarang di mana-mana sudah ada 'food bank' . Alhamdulillah. Ambillah seperlunya dan berbahgilah sesama yang memerlukan. Sama-sama merasa dan sama-sama mahu meneruskan kehidupan yang serba mencabar ketika ini. 

Sudah Semakin Kerap Hujan Turun
Gambar Hiasan

Hujan. Sejuk. Damai. Tenang. Keadaan juga menyumbang seperti apa gelombang emosi kita semua. Mudah-mudahan kita semua akan lebih santai dalam keserautan situasi sekarang. memang tidak boleh nafikan kadang ada masanya rasa marah mudah terjadi, namun begitu ianya tidak membantu apa-apa pun. Melainkan lebih banyak hal lain yang timbul.

Semoga hujan ini membawa sebanyak-banyaknya rahmat Allah swt ke alam ini untuk kita semua nikmati. Seronok kalau waktu hujan ni berada di kampung. Boleh main hujan. Mandi hujan di halaman rumah. Semakin menghampiri hujung tahun, satu yang telah menjadi kebiasaan adalah musin banjir. Terasa sayu pula. Sekian.

Tinta Perdu Cinta ❤ 
Sudah Semakin Kerap Hujan Turun

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

6 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Kata kata yang sangat indah. Semoga baik baik sahaja menimpa kita semua. Saya follow blog awak

    BalasPadam
  2. Saya suka hujan tapi tak suka ribut. Tepi rumah saya ni memang laluan angin kuat...

    BalasPadam
  3. hujan turun membawa rahmat-Nya

    BalasPadam
  4. Area Seremban pun sama dah kerap hujan sekarang ni.
    Doa selepas hujan moga virus covid19 diangkat lenyap dari muka bumi ini.

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah..cuaca agak sejuk sikit lately. Semoga doa kita Allah makbulkan. Aaaminnn...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama